Rabu, 30 Mac 2011

keadaan di kangar.. [30/3/2011]

salam semua..harap anda semua dalam keadaan yang baik la ye..aku punya demam x kebah2 lagi ni..tapi da kurang la sikit..huhu~ arini aku nak post pasal keadaan di kangar selepas dilanda hujan lebat selama 2 hari tanpa henti..kelmarin hujan turun dari pagi sampai malam..semalam hujan da mula renyai tapi berhenti sekejap2..tanpa disedari oleh kami, pelajar2 UniMAP ni, rupa-rupanya kangar da dinaiki air..kawasan kat pauh dan padang besar pon ade sesetengah tempat yang da dinaiki air..jadi, kelas kami pada hari ini semuanya batal...ade rumah lecturer yang dimasuki air..takziah diucapkan.. 
kami 4 org di rumah ni mengambil langkah berjaga2..masing2 da kemas barang tinggal nak cabut je dari sini..sebab takut banjir tu melarat..si amal da siap beli tiket pukul 9 pagi esok nak balik perak..huhu~ [nak balik gak..nak balik pahang..uwaaa (T_T)] apakan daya..pahang jauh..ak balik sp je la..hehe..tadi kami pergi ke kangar sebab nak cari barang..tengok2 da naik air dekat kawasan yang rendah...nasib baik motor tu enjin die tinggi..boleh la redah jalan yang penuh ngan air tu kan..hehe..ni ade beberapa gambar yang sempat diambil kat kangar tadi..
ni dekat roundabout bandar kangar..
kenderaan ringan masih boleh lalu..
 
ni dekat kawasan Ten Ten..air da penuh..
semua kedai kat kawasan ni tutup..
 
ni kat stesen minyak esso dekat dengan traffic light..
 
ni jalan otw pegi kangar..
 
stesen minyak petronas..penuh orang nak isi minyak..
 
ni kawasan jalan marhom kayang..bendang da jadi macam laut..
 
ni persimpangan marhom kayang-kg wai..ni pon da macam laut..
 
ni kedai depan kg wai..ribut telah menyebabkan
atap kedai ni runtuh..
 
memorandum yang dikeluarkan pihak UniMAP..
kepada semua warga negeri perlis dinasihatkan agar tidak melalui jalan2 yang telah dinaiki air untuk mengelakkan terperangkap dalam banjir dan kemalangan..kepada student UniMAP pula, kemas2 la barang tu..mane taw dapat cuti pula kan..hehe~ apa-apa pon diharapkan tiada la kejadian teruk seperti kejadian banjir yang lepas..sampai di sini sahaja post kali ni..hati2 semasa banjir..
salam sayang dari mrs rahman... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala