Rabu, 27 April 2011

perjuangan bermula di dewan exam..

salam semua...hari ini merupakan hari pertama aku menghadapi encik final exam...paper yang pertama adalah Ethnic Relationship pada jam 9 pagi tadi...Alhamdulillah...secara keseluruhannya agak berpuas hati dengan usaha ulang kaji sepanjang hari semalam..hampir 1 hari aku menghadap nota etnik ni..sampai rasa macam nak termuntah la..haha~ apa pun rasa lega lepas exam tadi..sekarang sedang study untuk exam hari jumaat pula [Computer System]..

semalam aku dan my hubby study di library..nasib baik tak ramai sangat orang..kami study di bilik diskusi je..lepas beberapa jam, my hubby ajak pergi kedai gunting rambut...kami pun berkemas-kemas dan pergi ke kedai AB Saloon yang terletak di persimpangan Kangar-Utan Aji..kedai tu berdekatan dengan public bank...sampai2 di saloon tu, kami pon belek2 buku yang ada kat situ..konon2 nak cari fesyen yang sesuai la untuk si hubby ku ni..hehe~ da jumpa satu fesyen, my hubby pon cakap la kat aunty yang nk gunting rambut tu nak macam dalam gambar...aunty tu kata : 
" ok..cuma bagi layer sikit dekat itu belakang lambut la.."
aku nak tergelak jugak bila dengar..tapi senyap je la kan..aunty tu lagi taw apa yang dia nak buat...lepas setengah jam, aunty tu pon siap potong rambut hubby ku ni...siap pakaikan wax dengan spray lagi..hehe~ total = RM7...memang murah kat saloon aunty ni..haritu aku potong rambut pon cuma 7 ringgit je..

taraa! ni la gaya lepas potong rmbut..hehe~
lepas tu kami pon pulang ke kkf...ok lah..sampai di sini sahaja post kali ni..saja nak bercerita aktiviti aku kan..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman  =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala