Jumaat, 20 Mei 2011

salam hari jumaat~

salam semua..hari ini da hari jumaat...sekejap je rasanya da nak seminggu aku duduk di raub ni..cuti da la pendek je..sedih pula nak tinggalkan family untuk balik ke perlis..huhu~ tak apalah..demi mengejar cita-cita, aku sanggup tinggalkan sementara family ku di sini [chewah!..ayat xbleh tahan..haha] ada lagi satu sem bakal ku tempuhi untuk habiskan diploma computer engineering ku ini..InsyaAllah akan ku sambung untuk degree pula..hajat di hati nak sambung untuk pjj [pengajian jarak jauh]..boleh aku cari duit sikit kan..tapi xtaw lah macam mana...dekat UniMAP xda pula pjj tu..kalau nak sambung di u lain kena sambung untuk 4 tahun pula..uishh..da tua aku nanti..hehe~

xpelah..mama kata rezeki aku lambat sikit..aku hanya mampu menunggu hari senang ku datang dengan usaha ku selama ini..kalau ikutkan ayah ku, disuruhnya ambil borang polis..senang katanya..banyak sikit dapat elaun...nak kerja sambil belajar pon senang..huhu~ aku pon x pasti lagi tentang masa depan ku ini..nanti lah..aku kena ambil masa untuk pikir lebih panjang..yelah..tak nak tersalah pilih jalan lagi...nanti aku juga yang rugi kan.. =) anda semua macam mana?? mesti ramai yang da bekerja dan mempunyai gaji besar kan..teringin nya punya gaji yang banyak..boleh aku tolong family ku..hehe [angan2 semata]

hmm~ xda apa yang nak diceritakan hari ini..tu pasal mengarut lebih2..hehe~ ok lah anda semua..sampai di sini sahaja post kali ini ya..semoga hari anda semua berjalan dengan lancar hendaknya..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Ahad, 15 Mei 2011

suda di pahang..hehe~ (^-^)V

salam semua..apa khabar..baru hari ini dapat update blog disebabkan tiada internet..huhu~ xpelah..pada pukul 8.15 pagi tadi aku dah pon sampai di raub..da berapa bulan aku x balik..rindu kat family kat sini..hehe~ memandangkan cuti sebulan aku pon balik..for the first time aku menjejakkan kaki di puduraya pagi tadi...amat mengagumkan design bangunan nya..sangat cantik dan elegan..hehe.. [lebih2 pulak yek] tapi dah sampai pagi-pagi buta..mana ada satu kedai pon yang buka kan..orang yang ada kat situ pon sebab baru sampai dari destinasi masing-masing..

aku sampai di pudu pada jam 5.00 pagi..punya lah awal kan..aku n my hubby lepak la di KFC..nasib baik kfc tu 24 hours..a\malangnya, sampai-sampai di kfc, cashier tu kata set breakfast xde..nape la xde..takkan nak makan ayam goreng pagi-pagi buta kan..xpelah..aku pon order snack box B + air nescaffe latte..lepak punya lepak, sampai lah pukul 6..kami pon bergerak ke tempat LRT..nasib baik da buka...kami naik sampai pekeliling..nak naik bas ke raub pula..bas paling awal 6.45 pagi..sempat la kejar bas tu kan..tu yang sampai rumah awal..kalau x, tengah hari la baru sampai..

hmmm..nak cerita apa lagi ye..rasanya xda apa dah yang nak diceritakan..kat bawah ada beberapa gambar yang aku ambil daripada internet..pagi tadi xsempat nak ambik..masih dalam keadaan mamai..hehe~ kepada student2 yang sedang menikmati cuti sem tu, selamat bercuti lah yer..hehe~ semoga ketemu lagi pada post yang akan datang.. wassalam~ salam sayang daripada mrs. rahman... =)

wajah pudu yg baru..
ruang menunggu yg lebih selesa..

Nak tahu lagi?

Ahad, 8 Mei 2011

jalan-jalan cari movie..hehe~

salam semua..apa khabar..hari ini aku pulang semula ke kkf..ada lagi 1 paper final hari selasa ini..lepas tu habis da diploma aku..Alhmdulillah..harap2 boleh lepas kali ni..amin~ hari ni nak cerita pasal semalam...lepas exam datacom semalam, aku n my hubby terserempak dengan pali n zaim..tengah borak2, tiba2 pali kata : 
" weyh..korang xnak tengok wayang ramai2 ke..jom r tengok fast 5.. "
hubby ku apa lagi..terus dia setuju..memang dia dok nanti2 nak tengok cerita fast n furious 5 tu..huhu~ lepas da siap makan, kami balik ke bilik..aku kemas2 barang n dalam pukul 3 tu kami da gerak ke alor setar mall..on the way nak sampai mall tu, kidir call kami...katanya tiket pukul 4 da habis..so, diorang beli tiket pukul 6.45 petang..fast 5 punya pasal, kami sanggup tunggu di mall tu selama lebih kurang 2 jam lebih..

ni la kiosk cool blog tu..berhadapan watson..
sampai2 di mall, aku n my hubby jalan2 dalam mall...tiba2 aku ternampak kiosk berwarna pink..pergi2 dekat rupa-rupanya cool blog punya kiosk..aku pon apa lagi..dok tengok member2 aku minum cool blog ni macam syiok jer, aku pon nak try...aku pilih mocha + black pearl..pergh...memang sedap wa cakap lu..haha~ tak sangka pula dekat as mall ni ada cool blog...da lama sangat x sampai sini..tu yang tak taw perkembangan..hihi~ lepas da beli cool blog tu, aku n my hubby jumpa pali n kidir di georgetown white coffee..lepak2 la kat situ sambil on9...[nasib baik fon aku pon ada wifi]..xla bosan sangat sementara nak tunggu wayang..

dalam pukul 6.30 tu baru kami gerak ke wayang...x sabar nak tengok cerita ni..hehe~ cerita dia pasal nak curi duit orang paling berkuasa di rio, brazil..yang paling syok bila tengok banyak gila kereta cantik2 + canggih dalam ni..memang berangan je la nak dapat kereta2 macam tu..haha~ habis je cerita ni, memang aku puas hati la...banyak action n best gila la cerita ni...aku bagi 5 bintang la...hehe~ x rugi beli tiket mahal tengok cerita ni...lepas da habis tu, aku n my hubby gerak balik ke sp...

 thanx kepada semua yang mengajak aku n my hubby pergi tengok wayang..ok lah sampai di sini sahaja post kali ni..kepada semua yang membaca post ni pergi la cuba cool blog ni..sedap + macam2 pilihan ada..hehe~ dan jangan lupa tengok fast 5.. (^-^)V salam sayang daripada mrs. rahman =P

yummy! mmg cedap la..hehe~
black pearl die mmg banyak..yum3~
masa lepak geogetown white coffee~ ijat,zul n bonzer..




pen n zaim..zaim goyg2 muka lak..huhu~

Nak tahu lagi?

Jumaat, 6 Mei 2011

makan2 di mai cafe,kangar~

 
salam semua..apa khabar?? setelah sekian lama x update blog dek kerana server unimap di kubang gajah rosak..dalam seminggu ni kami student unimap x dapat melayan internet..x mengapalah..boleh concentrate sikit pada final exam kan..hehe~ post kali ini nak menceritakan pasal aku dan ex-roomate makan bersama-sama di mai cafe, kangar..

mas n apit..
aku n my hubby..tombam..hehe~
memandangkan birthday aku, mas n nana dalam bulan yang sama [april] kami pon bercadang nak makan sama2..cadangan nya nak makan di pizza..entah macam mana boleh tukar plan pulak pergi mai cafe..huhu~ jadi kami pon bertolak dari kkf pada pukul 8.30 tadi..aku n my hubby naik kereta sekali dengan mas..si nana pergi dengan udin tapi bertolak lambat sikit..mas kata nak singgah di first touch dulu..nak beli barang katanya...

pintu masuk mai cafe..
sampai2 di mai cafe dalam pukul 9.15..kedai ni berdekatan dengan masjid yang baru dibina di kangar..jalan arah ke padang besar..sebelum ni aku da pernah dengar tentang kedai ni tapi x pernah lagi sampai...da lebih 3 tahun duduk kat perlis ni baru hari ni aku sampai..hihi (^-^)V masa kami sampai, tempat semua penuh..terpaksalah kami duduk di meja batu yang hanya muat untuk 4 orang [bajet macam semua badan kecik je..hehe] bila dapat menu, mata pon jadi rambang..xtaw nak makan apa sebab semua nampak sedap dan menyelerakan..yummy!! setelah beberapa kali membelek menu tu, aku pon pilih chicken chop n hazelnut blended..hubbyku pilih nasi goreng tomyam n mai cafe premium..mas pilih chicken grilled n air smoothie..apit pilih spaghetti bolognaise n orange juice..

sementara kami menunggu makanan, kami borak2 sambil tunggu nana n udin..diorang beli barang sikit...xlama lepas tu makanan sampai..apa lagi..masing2 mencekik la kan..perut pon tengah lapar..hehe~

menu yg dioder..xnampak pon..huhu~
air..smoothies,orange juice,hazelnut blended,mai cafe premium..
chicken chop yg aku order..yummy!
sedang kami makan2, nana n udin pon sampai..meja macam dah penuh..maklumlah, pinggan semua besar2..udin pon ajak nana makan kat meja lain...bila da habis, perut pon dah penuh, mestilah masing2 senang hati kan..hehe~ memang puas hati lah makan kat mai cafe ni...kepada anda semua, aku cadangkan supaya korang2 cuba lah makanan kat kedai ni..pasti x kecewa...

kami pulang dalam pukul 10.30...seronok sangat..kalau nana sampai awal mesti lagi seronok..[ang sampai masa kami da nak abes makan..huhu] xpela..lain kali bila kita jumpa, kita lepak sama2 lagi ye..sampai di sini sahaja post kali ni..salam sayang daripada mrs. rahman.. =)
Nak tahu lagi?

lala