Jumaat, 29 Julai 2011

cuti hari jumaat.. \(^-^)/

salam semua..apa khabar..hari ini baru nak update..huhu~ maaf lah yer sebab lambat..hari ini aku cuti..kat luar pula tengah hujan..memang syok la melingkar atas tilam ni lagi..hehe~ sebenarnya hari ini nak cerita pasal aku tengok cerita transformer hari itu..memang best la cerita tu..tapi aku rasa lagi best cerita FAST 5..apa pun seronok la tengok cerita tu..walaupun agak ketinggalan sebab da berapa minggu baru dapat tengok..

lagi satu..aku sedang berjinak-jinak dengan jahitan sulaman tangan dan manik ni..belajar dekat youtube je..malas nak pergi kelas..nak kena bayar mahal..lepas tu tak ada masa nak pergi..hari-hari kerja, memang tak sempat la..huhu~ semntara hari ini cuti, aku siapkan jahitan manil yang aku buat dekat inner syiria..saja jahit dekat situ..lagipun kosong je..tu yang tambah manik-manik..hehe~ mula-mula kena lah buat simple je..jahit manik jelujur saja..

ni la jahitan manik tu.. =)
orang dulu-dulu kata, 
" sikit-sikit, lama-lama jadi bukit "
macam tu lah aku..belajar sikit-sikit dulu..hehe~ manalah tahu..satu hari nanti pandai jahit sulam, boleh jadi businesswoman pula kan..[berangan lebih jek..haha~] ok lah..sampai di sini sahaj dahulu post kali ini..nanti kalau ada cerita baru aku update lagi ok..tapi lambat la kot sebab internet kat tempat kerja still tak ada..huhu~ salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Khamis, 21 Julai 2011

salam hari khamis..

salam semua..sudah lama tak update blog ni..ni semua sebab kat kedai tempat aku kerja tu tak ada internet..pasal tak berbayar..haha~ memang style lah bos aku tu..ok lah..hari ini tak ada apa nak cerita sebenarnya..saja nak post..dah lama tak update kan..huhu~ (-_-")

ok lah..nanti aku post lagi ok..sampai ketemu lagi..[ ni dah tak ada modal nak tulis ape..tu yang pendek sangat..haha~] salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Isnin, 4 Julai 2011

minggu seterusnya bermula.. (^-^)/

salam semua..pejam celik pejam celik, hari ini dah start hari baru untuk minggu yang baru..rasa macam sekejap sangat masa ni berdetik..ada kurang lebih 3 minggu lagi umat Islam seluruh dunia akan memulakan ibadah puasa..wah! awal betul bulan puasa pada tahun ini kan..huhu~ raya pun InsyaAllah jatuh pada hari kebangsaan negara kita..hmm~ hari ini bukan nak cerita tentang aktiviti-aktiviti harian aku..tapi saja nak post sesuatu yang lain daripada selalu..hehe~

ada satu hari tu, sedang aku duduk-duduk, aku terfikir nak jual baju-baju yang aku dah tak guna atau pakai..bukan apa, daripada terperuk dalam beg tu, baik aku jual kan..dapat lah sikit duit untuk belanja bulanan aku dan cik abang..hehe~ kalau ada yang nak beli, Alhamdulillah la kan..kalau tak ada pun aku tak kisah..saja nak jual..bukan nak buat bisnes pun..baju-baju tu kebanyakannya t-shirt la..ada lah blouse sikit-sikit..kalau ada sesiapa yang baca post ni berminat nak beli baju-baju kat bawah ni, boleh contact saya di facebook ok..

BLUE TOMS GREY
 BLUE TOMS RED
 KEMEJA LIGHT PINK
 KEMEJA PUTIH
 SHIRT MTV
 SELUAR JEANS LIKE
 SHIRT 23
 SHIRT DEATH NOTE
 WING SPORT GREY

hmm~ hari ini macam biasalah kan..datang kedai, buka laptop then main internet free..huhu~ kadang-kadang dah naik bosan nak datang kerja..sebab hari-hari aktiviti yang sama je..huhu~ tak apalah..ada lagi 3 bulan je..harap-harap sabarlah menunggu..hehe~ ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..dah tak tahu nak cerita apa..nanti aku post lagi ok..salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Ahad, 3 Julai 2011

haiwan yang sangat comel !!

salam semua..hari ini hujan dari malam tadi sampai la aku nak pergi kerja pagi tadi..dalam pukul 10 pagi tadi aku bertolak dari rumah..hujan dah renyai-renyai..sampai je dekat simpang tambun tulang lepas pada dragon tu, tiba-tiba hujan lebat..habis basah lencun aku..apa lagi, aku pun patah balik rumah la..tak kan nak pergi kerja dengan baju basah macam tu kan..so, dalam pukul 12 tadi baru aku pergi ke tempat kerja balik..huhu~

 

sebenarnya hari ni aku nak post pasal sejenis haiwan yang bernama sugar glider ni..sangat-sangat la comel..kecil aje..aku tengok majalah 3 malam tadi..dia ada paparkan tentang haiwan ni..tu sebab aku mula tertarik..huhu~ dah lama dah aku tahu pasal sugar glider ni..geram sangat nak pelihara..tapi sebab tak mampu nak beli dan peralatan untuk binatang ni pun mahal..sebab tu sampai sekarang simpan angan-angan je..hehe~
sugar glider ni adalah dalam kategori marsupial dan banyak terdapat di Australia dan Indonesia..dinamakan dengan sugar glider sebab haiwan ini suka makan buah-buahan yang manis dan suka memanjat..haiwan ini sangat manja dan aktif..haiwan ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..so, si pemilik perlu sentiasa bermain dengan sugar glidernya supaya haiwan tersebut tak takut padanya..kalau kat malaysia ni boleh cari pembekal sugar glider dan peralatannya di Mudah.my..
 ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti ada masa aku post lagi untuk tatapan korang semua ok..salam sayang daripada mrs. rahman =)

Nak tahu lagi?

lala