Selasa, 16 Ogos 2011

salam semua..apa khabar? harap-harap semua sihat sejahtera lah di bulan ramadhan ni..hari ini aku nak cerita pasal berbuka puasa di McDonald Alor Setar pada hari sabtu yang lepas..




hari sabtu hari tu, cik abang aku ajak balik kuala ketil..dah 2 minggu tak balik..duit belanja pun dah habis..huhu~ alang-alang nak balik petang, aku pun ajak cik abang berbuka di McDonald Pacific..tapi cik abang aku pulak balik kerja lambat..so, kami pergi lepas berbuka je lah..dalam perjalanan tu, banyak la pula kereta..yelah kami kejar menu buka puasa McD tu kan..dapat lah murah sikit.. 

alih-alih, sampai dekat McD tu pukul 9 suku..terlepas la pula menu berbuka puasa..tak apalah..kami beli set macam biasa kami : set Big Mac Large + Big Mac..memang selalu order macam tu..hajat hati nak try yang GCB tu..tapi kalau tak waktu McValue, harga dia mahal sangat..tu yang malas nak beli..huhu~ kat bawah ni gambar kami masa di McD tu..




lepas dah makan-makan, kami pusing2 sekeliling pacific tu..tapi kedai semua dah prepare nak tutup sebab dah dekat pukul 10 malam..kami pun decide nak balik..nanti sampai rumah lewat pula kan..dari alor setar adalah lebih kurang 1 jam setengah lagi baru sampai ketil..masa dekat pacific tu, punyalah ramai orang..sampai nak jalan pun kena beratur dulu la..nampak serabut sangat mall tu..

ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..semoga anda terhibur dengan cerita kali ini ok..hehe~ salam sayang daripada mrs rahman =)
Nak tahu lagi?

Selasa, 9 Ogos 2011

gigi bongsu ku yang semakin membengkak.. (T_T)

salam semua..hari ini aku nak cerita pasal gigi bongsu aku yang semakin membengkak..gigi bongsu merupakan gigi geraham yang ketiga yang muncul pada usia 18 - 30 tahun..selalunya, gigi ni adalah gigi yang paling akhir tumbuh..tapi tak semua yang ada gigi bongsu ni..


gigi bongsu aku ni dah hampir tiga tahun tumbuh dekat gusi..tapi sampai sekarang aku tak cabut lagi sebab aku takut..sampai lah 2 hari yang lepas..gigi aku ni jadi bengkak yang amat sangat dan sakitnya hanya Allah yang tahu..aku ambil keputusan nak cabut..so, aku pergi jumpa doktor di klinik pergigian kerajaan..yelah..mana ada banyak duit nak pergi swasta kan..huhu~


bila dah jumpa doktor tu, dia cerita macam mana proses pencabutan tu akan berlaku..bukan macam pencabutan gigi yang biasa..tapi dipanggil pembedahan kecil sebab nak kena buang sikit tulang dan gusi yang menutupi gigi tu..masa aku dengar penjelasan doktor tu, rasa seram sejuk juga lah..dah la aku ni memang penakut bila nak cabut gigi..huhu~ tapi tak apalah...daripada aku menanggung sakit simpan gigi ni baik aku buang kan..sakit bila buang tu je la..lepas tu insyaAllah tak akan sakit dah..
contoh gambar..yang nombor 1 n 2
tu adalah gigi bongsu..
 setelah berbincang dengan doktor tu, dia cakap bulan 9 boleh buat appointment dengan doktor pakar..maybe sebab sekarang bulan puasa, tu yang dia tak buat terus kan..ok lah..kalau nak tahu lebih lanjut, boleh search kat internet tentang gigi bongsu ni ok..sampai di sini sahaja post aku kali ini..moga ketemu lagi di post yang akan datang..salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Ahad, 7 Ogos 2011

salam semua ni saja nak testing2 read more yang aku buat Nak tahu lagi?

bazar ramadhan kangar...

salam semua..hari ini masuk seminggu kita telah menunaikan ibadah puasa kan..Alhamdulillah..puasa anda macam mana?dah ada yang ponteng ke? tak baik tahu kalau ponteng dengan sengaja..hehe~ hari ini nak cerita pasal bazar ramadhan..mesti semua suka pergi bazar ramadhan kan..yelah..begitu ramai orang jual kuih-muih dan makanan..macam-macam jenis..sampai rambang mata lah kalau nak pilih makanan kan..huhu~

ada satu part je yang aku tak suka..kadang-kadang peniaga-peniaga ni ambil kesempatan naikkan harga makanan..mentang-mentang ramai orang kan..patutnya, di bulan yang mulia ni maintain je la harga..tak pun bagi potong sikit ke..ni tak..makin naik adalah..aku cakap macam ni sebab baru ni aku pergi bazar kangar yang kat stadium tu lah kan..

tengah aku seronok tengok geraigerai tu, aku ternampak satu gerai soya yang selalu aku beli tau fu fah..Gerai Soya A***...sekali tengok dekat menu yang dia gantung tu, semua dah naik harga..tau fu fah yang biasa aku beli dalam mangkuk plastik yang berharga RM1.20 dah jadi RM1.50..mak aih..memang la 30 sen je..tapi bulan puasa kot..tak perlulah nak naikkan harga..kesal betul dengan sikap peniaga ni..huhu~

ni contoh tau fu fah ye..
bukan yang dekat gerai tu punya..
ok lah semua..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti aku post lagi ok..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Khamis, 4 Ogos 2011

cornetto mini..yummy! (^-^)

salam semua..apa khabar? harap-harap semua dalam keadaan sihat lah di bulan ramadhan ni yek..hehe~ Alhamdulillah..masuk hari ni dah 4 hari umat Islam semua berpuasa kan..tinggal lagi 26 hari je untuk cukupkan sebulan ramadhan..

tadi aku n cik abang pergi c-mart arau nak beli beras..tengah jalan-jalan, tiba-tiba aku ternampak cornetto mini yang 6 biji tu..teringin nak try kan..aku pon amik la..harga dia tak lah mahal pon..RM 4.50 sekotak..kira ok lah kan..aku ambil yang Cookies & Cream & Chunky Choc. ada beberapa perisa yang lain contohnya Cookies & Cream & Black Forest, Strawberry & Blueberry, Chocolate & Vanilla..


yang ni la kami beli tadi..sampai2 je kat rumah terus buka and tak sampai 15 minit, da habis semua 6 biji tu..haha~ teruk kan kami..ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..harap-harap semua yang baca post kali ni cubalah cornetto mini ni ek..sedap taw..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman =)
Nak tahu lagi?

Selasa, 2 Ogos 2011

ceramah usahawan..

salam semua..hari ini aku nak cerita tentang ceramah usahawan yang aku pergi tadi..aku dapat flyer pasal ceramah tu masa dekat C-Mart arau..ada dalam raga motor..bila baca iklan dia tu, macam berminat pula kan..so, aku n cik abang try la join dengar ceramah dia..

ceramah dia dekat Hotel Seri Malaysia..dalam pukul 2 tadi kami pergi ke hotel tu..sampai-sampai, diorang tengah setting bilik ceramah tu..dalam pukul 3 baru start..ceramah ni berkenaan Akademi Pembangunan Usahawan..agak mengantuk la kan pasal aku ni bukan suka sangat dengar ceramah..tapi aku tahan je la..kebanyakan yang datang adalah student politeknik tuanku syed sirajuddin..memang cikgu2 diorang yang hantar kot..tu pasal la ramai..huhu~

dia banyak cerita tentang macam mana nak jadi kaya..macam biasa la kan..kena ada modal, then cerita kat kawan, then dapat duit..tapi benda ni tak sama dengan MLM..yang MLM tu kena jual barang kot..lepas tu cari downline..kalau downline malas, kita tak dapat duit..yang ni pula, kita kerjasama dalam 1 kumpulan..buat sama-sama..aku try la join..tapi tengah cari duit untuk modal lagi..huhu~ kalau nak tahu, program ni bekerjasama dengan syarikat redlife..kalau nak tahu pasal redlife, boleh klik sini..


gambr baru ltak..hehe~ x bape clear gmbr org
yg bg ceramah tu..
oklah..sampai di sini sahaja post kali ini..aku tak ada ambil gambar la pula nak tunjuk kat korang kan..tapi tak apalah..sekadar nak cerita saja..hehe~ ketemu lagi di post akan datang..salam sayang daripada mrs. rahman =) 
Nak tahu lagi?

lala