Ahad, 7 Ogos 2011

bazar ramadhan kangar...

salam semua..hari ini masuk seminggu kita telah menunaikan ibadah puasa kan..Alhamdulillah..puasa anda macam mana?dah ada yang ponteng ke? tak baik tahu kalau ponteng dengan sengaja..hehe~ hari ini nak cerita pasal bazar ramadhan..mesti semua suka pergi bazar ramadhan kan..yelah..begitu ramai orang jual kuih-muih dan makanan..macam-macam jenis..sampai rambang mata lah kalau nak pilih makanan kan..huhu~

ada satu part je yang aku tak suka..kadang-kadang peniaga-peniaga ni ambil kesempatan naikkan harga makanan..mentang-mentang ramai orang kan..patutnya, di bulan yang mulia ni maintain je la harga..tak pun bagi potong sikit ke..ni tak..makin naik adalah..aku cakap macam ni sebab baru ni aku pergi bazar kangar yang kat stadium tu lah kan..

tengah aku seronok tengok geraigerai tu, aku ternampak satu gerai soya yang selalu aku beli tau fu fah..Gerai Soya A***...sekali tengok dekat menu yang dia gantung tu, semua dah naik harga..tau fu fah yang biasa aku beli dalam mangkuk plastik yang berharga RM1.20 dah jadi RM1.50..mak aih..memang la 30 sen je..tapi bulan puasa kot..tak perlulah nak naikkan harga..kesal betul dengan sikap peniaga ni..huhu~

ni contoh tau fu fah ye..
bukan yang dekat gerai tu punya..
ok lah semua..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti aku post lagi ok..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala