Selasa, 9 Ogos 2011

gigi bongsu ku yang semakin membengkak.. (T_T)

salam semua..hari ini aku nak cerita pasal gigi bongsu aku yang semakin membengkak..gigi bongsu merupakan gigi geraham yang ketiga yang muncul pada usia 18 - 30 tahun..selalunya, gigi ni adalah gigi yang paling akhir tumbuh..tapi tak semua yang ada gigi bongsu ni..


gigi bongsu aku ni dah hampir tiga tahun tumbuh dekat gusi..tapi sampai sekarang aku tak cabut lagi sebab aku takut..sampai lah 2 hari yang lepas..gigi aku ni jadi bengkak yang amat sangat dan sakitnya hanya Allah yang tahu..aku ambil keputusan nak cabut..so, aku pergi jumpa doktor di klinik pergigian kerajaan..yelah..mana ada banyak duit nak pergi swasta kan..huhu~


bila dah jumpa doktor tu, dia cerita macam mana proses pencabutan tu akan berlaku..bukan macam pencabutan gigi yang biasa..tapi dipanggil pembedahan kecil sebab nak kena buang sikit tulang dan gusi yang menutupi gigi tu..masa aku dengar penjelasan doktor tu, rasa seram sejuk juga lah..dah la aku ni memang penakut bila nak cabut gigi..huhu~ tapi tak apalah...daripada aku menanggung sakit simpan gigi ni baik aku buang kan..sakit bila buang tu je la..lepas tu insyaAllah tak akan sakit dah..
contoh gambar..yang nombor 1 n 2
tu adalah gigi bongsu..
 setelah berbincang dengan doktor tu, dia cakap bulan 9 boleh buat appointment dengan doktor pakar..maybe sebab sekarang bulan puasa, tu yang dia tak buat terus kan..ok lah..kalau nak tahu lebih lanjut, boleh search kat internet tentang gigi bongsu ni ok..sampai di sini sahaja post aku kali ini..moga ketemu lagi di post yang akan datang..salam sayang daripada mrs. rahman =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala