Isnin, 25 Ogos 2014

Warning !! Danger of sanitary pads. Change to Bio Seleza Feminie Pad..

If you are a woman and still use regular sanity pad, please think about this. Do you know that regular pads are dangerous to health? This is because of the contain of dioxin can cause cancer, endometriosis, reduce fertility, and change of hormon level. Almost all pads are made of rayon, cotton and plastics that is not safe to be worn throughout the day. So, why risk your life if there is another choice you can make? Change to new Bio Seleza Feminine Pad now and enjoy your day without worry.

Bio Seleza improves feminine hygiene and promotes optimum health protection.

Pads
Pantiliner
Pads
Pantiliner













For more details you can review in our blog wanirahman blog. If you had any inquiry or you want to order, can contact me through email : wamauni90@gmail.com
Nak tahu lagi?

Rabu, 20 Ogos 2014

pengalaman guna BVSM :)

Salam hari rabu buat semua pengunjung blog mrs rahman ni..apa khabar anda semua? Saya seperti biasa sihat saja..hehe~ dalam post yang lepas saya dah kongsikan kebaikan minum garam buluh untuk semua x kira peringkat umur..dalam post kali ni seperti yang diberitahu saya akan bercerita mengenai BVSM pula..BVSM atau dikenali sebagai Bio Velocity Sleep Mate berbentuk seperti comforter tilam tapi mempunyai banyak kelebihan..saya kongsi berdasarkan pengalaman saya gunakannya..

Hampir 2 tahun saya gunakan BVSM ni..banyak sangat manfaat saya dapat masa tidur..tidur akan jadi lebih lena dan bila bangun, badan rasa lebih cergas dan bertenaga walau tidur hanya 4-5 jam..kebetulan pula saya baru lepas bersalin anak kedua 4 bulan yang lepas..saya teruskan tidur atas BVSM ni..x sampai seminggu luka bersalin dah kering..pusat anak pun dah kering dan tertanggal..anak pula ada jaundis masa hari ketiga tapi ambil masa 3 hari saja untuk turun..

Yang ni paling suka saya nk kongsi..perkembangan anak sangat memberansangkan bila tidurkan dia atas BVSM ni..baru masuk 3 bulan anak dah pandai meniarap..sekarang dia dah pandai capai barang dan menggigit, macam nak tumbuh gigi..padahal 26 haribulan ni baru masuk 5 bulan..memang seronok sangat tengok perkembangan anak ni..

Banyak lagi kelebihan BVSM..kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik pada perkataan BVSM yang berwarna kat atas..ok lah..sampai sini dahulu perkongsian saya..dalam post akan datang saya cerita yang lain pula ok..salam sayang dari mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Khamis, 14 Ogos 2014

Mula minum garam buluh

Salam hari khamis buat semua pengunjung blog mrs rahman ni..apa khabar anda semua? harap2 berada dalam keadaan baik hendaknya..hari ni saya nak kongsi berkenaan sejenis minuman kesihatan yang bernama garam buluh..sebelum ni saya ada belikan untuk ayah saya untuk diminum..tengok2 ada lagi dalam kotak tu..saya pun tumpang sekaki lah..hehe~ dah lama sangat saya x beli garam buluh tu so, sekarang saya mula minum balik..rasa dia memang lah x sedap..yelah nama pun ubat kan, mana ada ubat yang sedap..sekarang ni saya makan 1 sachet sehari, buat separuh-separuh..x larat nak habiskan semua sebab xtahan dengan rasanya..huhu~

Setakat saya minum ni nampak sedikit perubahan lah..saya kuat minum air masak, susu untuk anak pun bertambah sampai tumpah..cuma saya rasa badan lemah sikit hari ni mungkin sebab banyak sangat toksin dalam badan yang dah lama x dibuang..dia tunjuk kesan awal..lagipun saya balik pahang ni tanpa BVSM (Bio Velocity Sleep Mate)..haaa..kalau nak tahu apa pula BVSM tu tunggu post akan datang okay..saya akan ceritakan pengalaman menggunakan tilam yang sangat bagus untuk menjamin kualiti tidur seharian kita.. :) berbalik pada garam buluh tu tadi, banyak sangat khasiat untuk kita sebenarnya..di bawah ni antara penyakit yang mampu dirawat apabila meminum garam buluh..


Saya teringat lagi bila cik abang saya mula minum garam buluh, badan dia mula nampak naik, berat badan bertambah dan nampak lebih bertenaga..lepas tu dia buat workout pula lagi nampak cantik badan kan..tapi sekarang dah lama x minum badan dia jadi biasa balik la..hehe~ so, kalau ada sesiapa yang nak cuba garam buluh ni boleh comment post ni..InsyaAllah saya bantu setakat yang boleh sebab saya nak kongsi pengalaman saya dengan anda semua..ok lah sampai di sini sahaja post saya kali ini..nanti saya update lagi dengan cerita2 baru okay..salam sayang dari mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Rabu, 13 Ogos 2014

Salam hari rabu buat semua pembaca blog mrs rahman ni..sekarang saya berada di pahang untuk 3 minggu yang akan datang..Alhamdulillah sampai awal pagi semalam pukul 6.15 pagi dengan kereta api dari sungai petani..cik abang suruh naik kereta api sebab senang nak bawa si kecik, so saya naik coach katil..bila kereta api mula jalan, saya bagi si kecik minum susu dan tak lama lepas tu dia pun lena..penat sangat agaknya menunggu kereta api sampai..al kisahnya kami bertolak dari rumah pukul 7 petang sebab tengok tiket kereta api berlepas 8.15 malam..bila sampai stesen kereta api tak ramai orang pun..tunggu punya tunggu rupa-rupanya kereta api berlepas pukul 9.26 malam..salah tengok jam dekat stesen tu sebab dia guna format 24 jam..jadi blur lah kejap kan..bila tengok betul2 baru lah perasan kami ni terawal sangat sampai..hehe~

Ni je la yang sempat ambik masa nak sampai stesen butterworth


Bila dah ada kat pahang ni, punyalah si kakak suka sebab adik dia balik..tak berenggang pun dengan adik dia..dia kata 'baby yaya la, jangan kacau'.. :) bila nak tidurkan si kecik, dia pun sibuk nak enjut buaian tu..siap main cak cak lagi..si kecik tu ketawa mengekek la..hehe~ Alhamdulillah dia boleh tengok adik dia..tapi terfikir juga bila nanti nak balik kedah mesti dia teringat adik dia..nak bawa sekali dia dah sekolah..kesian pula nanti balik kedah xboleh nak sekolah..tak apalah, yang itu mungkin boleh dibincangkan balik bersama cik abang..huhu~

Ok lah sampai di sini sahaja post dari pahang ni..nanti saya update lagi ya..salam sayang dari mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Selasa, 12 Ogos 2014

Salam aidilfitri ke-7 buat semua pembaca..hari ni adalah hari cuti terakhir untuk yang bekerja..mesti ramai yang berpusu-pusu pulang ke rumah kan..saya doakan anda selamat kembali ke rumah masing2..2 3 hari ni saya rasa macam banyak je makanan yang masuk dalam perut ni..dah rasa macam besar je perut ni kan..oh no...nak kena pantang balik macam ni..nak maintain macam anak dara dulu..huhu~ tapi semua makanan bagai melambai-lambai suruh dimakan..OMG!! -.-'

Hari ni saya buat kek pisang..mak pula masak gulai pisang..semua menu pisang sebab ada 2 tandan pisang kat dapur tu..hampir semua nak masak..kalau biar lama nanti buruk pula kan..resepi kek pisang tu saya ambil dari myresepi..ada macam2 resepi dalam web tu..memang selalu saya refer kat situ la kalau nak tahu resepi yang tak pernah buat..bila dah buat 2 3 kali boleh ingat la resepi dia tu kan..so, saya nak kongsi resepi kek pisang yang saya buat tadi..tak perlu butter pun..memang senang.. :)

Bahan2 :
1 cawan gula
2 biji telur (gred A)
2 cawan tepung gandum
1 suduteh soda bikarbonat
1 suduteh baking powder
5 biji pisang emas
1 suduteh esen vanila
1/2 cawan minyak

Cara2 : 
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam bekas dan asingkan.
  2. Pukul gula dan telur di dalam bekas lain hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pisang. Kemudian gaul hingga sebati.
  3. Campurkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil adunan pertama digaul.
  4. Masukkan pula minyak sedikit demi sedikit supaya sebati dengan adunan tadi. Gaul hingga nampak sebati.
  5. Griskan loyang dengan mentega dan panaskan oven dengan suhu 180°c.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Untuk tahu masak atau tidak cucuk dengan lidi di tengah kek.
Ok lah..itu resepi kek pisang yang saya buat..gambar x sempat nak ambil sebab dah dipotong dulu tadi..hehe~ selamat mencuba buat semua ya..salam sayang dari mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Sabtu, 2 Ogos 2014

Salam aidilfitri ke-6 buat semua pembaca blog mrs rahman ni..apa khabar anda semua? Harap2 berada dalam keadaan sihat walafiat..musim2 raya ni banyak makanan yang berkolestrol tinggi..sebagai contoh lemang, rendang, kuih-muih dan macam2 lagi..jaga2 dengan pemakanan anda ya..jangan sampai ada yang jatuh sakit pula.. :) lagi satu, pada yang suka main mercun tu hati2 bila membakar..jangan modify yang dah sedia ada sebab nanti meletup kat tangan pula..dah x boleh nak beraya..

Semalam saya berdating dengan cik abang kat Amanjaya Mall..saja la keluar berdua nak beli barang sikit..si kecik tu tok dia yang jaga..hehe~ hajatnya nak cari baju untuk si kecik..yelah beli kain xcukup pula sebab buat sekali dengan kakak dia punya..terpaksalah belikan baju lain..bila dah dapat baju pusing2 dalam c-mart..cik abang beli kasut pula..kasut kerja dah koyak katanya..huhu~ lepas tu beli barang runcit sikit..bila dah keluar tu singgah dekat kedai jamu depan c-mart tu..tengok2 ada jual marine essence..dapat la RM35..

Lepas tu singgah watson sebab nak beli bedak..tengok2 ada PWP, beli garnier light dapat harga bedak RM9..saya pun ambil masker (konon2 nak feeling buat spa kat rumah..haha)..last sekali sebelum balik mesti beli chatime, horlick coco + pearl..nyum2..hehe..tengok2 jam da pukul 7 pm..saya gerak balik la..kesian pula si kecik kat rumah x minum..maklumlah masih breastfeed..oklah sampai di sini sahaja celoteh saya kali ni..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Ini barang2 yang dibeli semalam..hehe~ sabun tu dah potong sikit tu yang jadi bentuk macam tu..


Nak tahu lagi?

Rabu, 30 Julai 2014

Salam aidilfitri buat pembaca blog mrs rahman..baru hari ni internet ok balik..kalau x slow macam siput je..huhu~ so, macam mana hari raya anda semua? Meriah dengan bunga api x? Dekat sini dari sebelum malam raya da bunyi pum pam meriam dengan mercun..macam2 bunyi la..biasalah bila duduk kampung kan..nasib baik lah si kecik tu x berapa nak terkejut sangat..lena juga lah dia tidur..

Hari raya ni macam biasa lah..raya pertama cuma saya dan cik abang je yang ada kat rumah ni..juadah raya kami rendang ayam + daging, ketupat palas, kek pisang, dodol dengan kuih tunjuk2 saja..adik-beradik yang lain datang raya ke-2..semua datang buat makan2 sikit..tahun ni boleh la nak bagi semua anak2 sedara duit raya..berebut-rebut nak dapat duit raya..takut habis kot..haha~ tapi suasana x sama dengan kampung saya..yelah..keluarga lain kan..x apalah..


Da lama x ambil gambar..ni masa pagi raya pertama hari tu..selendang tu recycle yang lepas je..hehe~ ok lah..mrs rahman nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Nak tahu lagi?

Isnin, 21 Julai 2014

Persiapan hari raya :)

Salam buat pembaca blog mrs rahman..macam mana hari2 anda sekarang? Penuh dengan aktiviti menghias rumah ke? Mesti ramai yang x sabar nak menyambut hari raya yang x sampai seminggu la kan..namun jangan dilupakan tragedi yang menimpa Malaysia baru2 ni #MH17..terus berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan yang Maha Esa..

Semalam sy belikan kain untuk anak dara yang dekat kampung tu..nak buatkan jubah untuk raya..nasib baik ada contoh jubah yang tinggal kat rumah ni..tahun ni tema kami sekeluarga adalah biru..baju saya baru order semalam juga..tunggu esok la kot baru sampai..beli online je, mudah sebab x perlu nak berpanas cari kat kedai..lagi 1 x penat..cuci mata kat internet je..hehe :) untuk si kecik ni ambil lebih kain kakak dia je buat baju tidur..boleh la macam baju raya juga kan..nak buatkan baju kurung dia kecik lagi..huhu

Ok lah..nanti sy masukkan gambar tema raya tahun ni ok..sampai di sini sahaja post kali ni..jumpa di lain posting ok..salam sayang dari mrs rahman..xoxo  :)

Nak tahu lagi?

Sabtu, 19 Julai 2014

10 malam terakhir ramadhan..

Salam buat pembaca blog mrs rahman ni..macam mana dengan persiapan raya anda? Tinggal 10 hari sahaja lagi umat islam akan meraikan kemenangan selepas berpuasa selama sebulan..tapi dalam kegembiraan kita untuk menyambut aidilfitri, tragedi #MH17 amat memberi kesan dalam hati semua rakyat Malaysia..sehingga kini siasatan masih dijalankan dan diharapkan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan..

Sekarang kita berada dalam 10 hari terakhir ramadhan..maknanya dalam malam2 terakhir ni terdapat 1 malam yang istimewa yang dipanggil malam #Lailatul qadar..anda disarankan untuk mencari malam ni dan memperbanyakkan amalan kepada Allah..insyaAllah ganjaran yang diberikan Allah amat bernilai..antara tanda yang selalu dikhabarkan ialah malam yang hening dan sunyi, keesokan harinya matahari tidak terlalu memancar (suram), malam yang tidak sejuk namun tidak pula panas dan tidak berangin seperti malam2 kebiasaannya..ada juga yang mengatakan semua akan sujud kepada Allah termasuk pohon2 kayu..namun malam itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya hambaNya berusaha untuk mencari malam tersebut..

Malam Lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan..jadi marilah kita sama2 mengejar ganjaran yang besar dari Allah di malam yang hanya datang sekali dalam setahun..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Nak tahu lagi?

Jumaat, 18 Julai 2014

Berita tergempar buat Malaysia

Salam ramadhan buat pembaca blog ini..hari ni kita digemparkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine..dalam bulan ramadhan yang mulia ini kita diuji lagi..belum pun habis dengan kehilangan MH370 timbul pula berita pesawat terhempas..berita ini disampaikan oleh PM Datuk Seri Najib malam td..takziah diucapkan pada keluarga penumpang dan krew kapal..

Sy dapat tahu bila buka tv lepas sahur pagi tadi..dalam tv tu kata pesawat kemungkinan ditembak jatuh..yelah mungkin di kawasan bergolak tu kan ditembak..seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal terlibat dalam nahas yang mengejutkan ni..macam2 yang sy baca dalam facebook berkenaan berita ini..ada yang cerita berkenaan keluarga mangsa, rentetan tragedi, dan sebagainya..

Sedikit fakta mengenai tragedi MH17..pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi tadi..seramai 295 orang termasuk 15 anak kapal berada dalam pesawat tersebut..pesawat dikhabarkan telah jatuh di Ukraine selepas ditembak di ruang udara Ukraine..mengikut perbincangan yang disiarkan di rtm tadi, roket disasarkan kepada pesawat yang membawa presiden rusia yang dalam perjalanan dari Brazil ke Rusia..namun pesawat MH17 telah berada di titik persilangan yang sama dengan pesawat tersebut dan menyebabkan ia terkena roket..pesawat pertama kali diterbangkan 17 tahun yang lepas..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sy berharap pihak keluarga yang terlibat bersabar dengan dugaan yang besar ni..doakan pada mereka yang telah pergi..sy minta pada semua pembaca blog mrs rahman ni doakan yang terbaik buat keluarga mangsa..daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..salam sayang dari mrs rahman..al-Fatihah..

Nak tahu lagi?

Khamis, 17 Julai 2014

Ramadhan kian pergi.. :(

Salam buat pembaca blog mrs rahman..macam mana dengan puasa anda semua? Dah ada yang kena ganti ke? Hehe~ sedar x sedar ramadhan tahun ni akan tiba di penghujung nya x sampai 2 minggu lagi..ramadhan tahun ni la banyak mengajar erti kesabaran buat sy..dan yang paling penting sy rajin masuk dapur tahun ni..haha

Hari ni sy buat nasi lemak + sambal ayam..tapi sy ni x pandai buat sambal..rasa macam pelik je lepas buka tadi..huhu..bila dah tambah gula dan asam jawa sikit baru lah stabil rasa nya..biasalah orang jarang masuk dapur kan..bila dah jadi surirumah sepenuh masa ni baru lah mula nak belajar..kalau yang goreng2 tu memang lah boleh buat..yang berkuah tu still kena tengok resepi..hehe..yang penting ada semangat nak buat kan..

Sekarang ni sy dah install application untuk blogger dalam fon sy ni..senang sikit nak menaip..hehe..ok lah..sampai di sini sahaja cerita hari ni..jumpa lagi di lain post..salam sayang dari mrs rahman..xoxo :)

Nak tahu lagi?

Sabtu, 12 Julai 2014

Bila hati menjadi sayu... :(

Salam buat pembaca blog mrs rahman..apa khabar anda hari ini? Harap2 semua dalam keadaan sihat lah ya..lupa pula nak tengok kelendar..da berapa hari kita puasa ya? Rasanya da sampai separuh puasa kan..rasa rindu sangat kat kampung halaman..rindu nak bersahur dan berbuka bersama abah, mama dan adik2..dah lama diri ni x menjenguk kampung di sana..yelah bila da ada tanggungjawab lain ni memang susah la nak balik kan..

Kadang2 terfikir sempat ke nak tunggu puasa akan datang untuk bersama diorang..sempat ke nak luangkan masa macam waktu2 dulu..tak apalah..harap2 pengorbanan yang dibuat ni dihargai sebaiknya..anda da buat keputusan nak beraya di mana? Pada yang bujang tu senang la kan nak balik kampung jumpa sanak saudara..pada yang da berpasangan tu kenalah bertolak ansur..selang seli tiap2 tahun..tapi kalau da lama xbalik apa salahnya balik selepas raya kan..

Hari ni sy nak buat spagetti dengan kuah cheese + homemade meatball untuk berbuka..bila dah ada si kecik ni masa jadi terhad..yelah mana nak masak lagi, nak jaga si kecik lagi..jadi kelam kabut..kalau ada yang nak tolong jaga tak apalah..kalau x ada terpaksa lah kaki ni berulang alik dari dapur ke bilik tengok si kecik tu..semua nak kena buat sendiri..da macam ibu tunggal..huhu~

Oklah..sampai di sini sahaja coretan hati pada hari ni..maaflah entri kali ni agak emosional sikit..hati ni da terusik..huhu :( jumpa di post akan datang ok..salam sayang dari mrs rahman..xoxo Nak tahu lagi?

Khamis, 10 Julai 2014

Kisah ramadhan ke-12

Salam kepada semua pembaca blog ni..sedar atau tidak kita sudah 12 hari berpuasa kan..rasa sekejap je masa berlalu..2 3 hari ni kita dikejutkan dengan berita kekejaman pihak zionis terhadap saudara2 kita di gaza..ya Allah..dalam kesucian bulan ramadhan ni mereka diperlakukan sebegitu rupa..x sanggup rasanya nak tengok gambar2 yang di post di facebook..marilah kita sama2 doakan kesejahteraan penduduk gaza..

Hari ni sy buat nasi ayam + kuih cara untuk berbuka puasa..anda pula bagaimana? Pasti lagi sedap dari yang sy buat kan..hehe..kebetulan dalam Azam Ramadan Su yang ditayangkan di tv3 jam 12.30 tghri tunjuk cara2 buat nasi ayam yang sangat simple..bahan2 pun semua dah ada di rumah..kelam kabut jugak lah sebab start masak lewat..kuih cara pun buat tergesa-gesa..huhu -.-' 

Alhamdulillah..kedua2 juadah tu sempat disiapkan sebelum berbuka..si kecik tu pula x nak tidur..terpaksa la mandikan dengan air sejuk..hehe..da dekat 7.30 pm baru dia pejamkan mata..boleh tahan penat la sebab terkejar-kejar kan..tapi x apalah..yang penting kita ikhlas nak buat juadah tu kan..baru ada keberkatan.. :) baiklah, sampai di sini sahaja post hari ini..salam sayang dr mrs rahman..xoxo

PEACE FOR PALESTIN..FREE GAZA
Nak tahu lagi?

Khamis, 3 Julai 2014

Resepi ciptaan puasa ke-5

Salam ramadhan ke-5 buat semua pembaca blog mrs rahman..harap2 semua dalam keadaan yg baik lah ya..anda berbuka apa hari ni? Sy cuma berbuka dengan karipap dan kuih lopez..xlupa sebiji kurma..hehe..

Sebelum berbuka tadi sy ada menonton rancangan tumis2 ramadhan di tv2..cef tu beri tips untuk minum air buah dan sedikit manis untuk berbuka dan bersahur..sebabnya untuk beri tenaga sepanjang hari semasa berpuasa dan untuk bertarawih..di situ timbullah idea untuk buat air buah macam yang cef tu buat..

 Tapi sy guna kordial dr Hai-O perisa kiwi + timun..itu adalah bahan utama..selain itu kita perlukan susu dan ais ketul..susu tu boleh guna susu kotak atau susu sejat..sy guna susu full cream dutch lady..cara2 dia amat mudah..Masukkan semua dalam blender dan blend hingga separuh hancur..ikut suka anda lah..hehe..rasa dia memang sedap..bila buka puasa dengan air tu rasa kenyang je..
Nutrifeast Kiwi Cucumber
Anda juga boleh guna lain2 kordial buah yang dijual di pasaran..tapi sebab rasa kordial Hai-O ni memang rasa sebenar jus buah, sy sarankan anda dapatkan dengan ejen2 berdaftar lah..boleh guna untuk raya sekali..hehe         

Oklah..sampai di sini pengongsian sy pada hari ini..esok tak tahu lagi nak cipta resepi apa pulak..hihi..hingga bertemu lagi di post yang akan datang..salam sayang dr mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Rabu, 2 Julai 2014

Cerita puasa ke-4

Salam kpd semua pembaca..apa khabar semuanya di puasa ke-4 ni? Masih ada 25 hari lagi untuk ditempuh..chaiyok2 !!..hehe~ semalam xdapat nak post sebab xde data line..bila cik abg ada kat rumah boleh la nak tumpang guna internet dia kan..huhu

Hari ni xde apa yang spesial pun..cuma nak cerita yang sy cuba2 untuk buat udang + sotong masak merah..sebenarnya sy ni xpandai nak buat sambal..sebabnya xtahu nak tengok macam mana rupanya pecah minyak..haha T_T..kesian betul..tapi hari ni sy cuba juga untuk buat..akhirnya menjadi juga walaupun buat masa puasa..Alhamdilillah cukup semua rasanya..

So pengajaran pada sesiapa yang xpandai masak tu jangan merendah diri sangat ok..yang penting semangat nak mencuba..kalau xtahu sangat tanya dengan pak cik google je..hehe~ itulah yg sy buat selama ni..sikit2 mencuba boleh jadi pandai kan..ok lah sampai di sini sahaja post kali ni..selamat berpuasa pada semua ya..salam sayang dari mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Isnin, 30 Jun 2014

Idea berbuka puasa

Salam ramadhan ke-2 buat semua pembaca blog mrs rahman ni..macam mana dengan puasa pertama anda semua? Harap2 berjalan dengan lancar ye..maklumlah puasa hanya setahun sekali..time ni lah kita nak rehatkan perut dari segala jenis makanan yang kita makan sebelum ni kan..ada yang tiba2 gastrik ke? Atau ada yang puasa yang yok, tengahari buka tudung periuk? Hehe~

Hari ni mrs rahman nak kongsi idea untuk berbuka yang paling simple..kalau xsempat nak ke bazar ramadhan beli kuih atau hari hujan xboleh nak pergi bazar kan..sy nak kongsi cara2 buat pancake..sangat mudah, hanya 15 minit je boleh siap..ok lah tu kan daripada xada kuih langsung..hehe~


Bahan2 (8 keping):
  • Telur 2 biji
  • Gula 3-4 sb
  • Susu 1/2 cawan
  • Tepung gandum (ikut kepekatan)
  • Esen vanilla 1 sk
  • Soda bikarbonat 1 sk
  • Minyak jagung/ minyak masak 1 sb
Cara2 :
  1. Pecahkan telur ke dalam bekas. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur atau sedikit kembang.
  2. Masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum ikut kepekatan yang anda mahukan. Boleh ayak tepung kalau xnak bagi adunan jadi berketul. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan soda bikarbonat dan kacau. Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga minyak sebati dengan adunan.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api sederhana. Tuangkan satu senduk adunan ke atas pan. Tunggu hingga bahagian atas jadi berlubang2 dan terbalikkan.
  5. Ulang langkah 4 sehingga adunan habis dan boleh hidangkan.

Sangat mudah kan..kalau anda kreatif, boleh masukkan coklat cip dalam adunan..anda juga boleh hidangkan bersama madu, marjerin, dan juga jem..sy pasti anda sukakannya..jangan lupa untuk mencuba resepi ni ok..sampai di sini sahaja post hari ni..jumpa lagi dalam post akan datang..salam sayang dr mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Ahad, 29 Jun 2014

Ahlan wasahlan ya ramadhan 2014

Salam pd semua pembaca blog sekalian..alhamdulillah dipertemukan lg dlm post ini..hari ni 29.6.2014 merupakan hari pertama umat islam berpuasa di bln ramadhan..rasa bersyukur sgt sebab masih dpt menikmati ramadhan pd tahun ni..

Tapi hati rasa sayu sebab embah (datuk) belah ayah baru sahaja dijemput Ilahi pd hari jumaat lepas..hajat hati nk bertemu raya thn ni setelah bertahun tak bersua muka..Allah lebih menyayanginya..semoga rohnya dicucuri rahmat..al-Fatihah..Yang pergi biarlah pergi..kita yg masih hidup harus teruskan hidup dan berdoa utk mereka agar aman di sana..

Ok lah..disebabkan hari ni baru start puasa, xde idea lg nk masak yg special..huhu~ memadailah dgn masakan biasa je..di sini sy ingin ucapkan selamat berpuasa pd semua pembaca dan jangan membazir waktu berbuka ya..hehe..maklumlah di bazar kan ada jual pelbagai jenis hidangan..kita puasa sebulan..sempat nak rasa hidangan dr semua gerai tu.. :)

Sampai di sini dululah post kali ni..nanti kita cerita2 lg ye..hihi..salam syg dr mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Sabtu, 28 Jun 2014

Permulaan yang baharu.. :)

Assalamualaikum semua..ya Allah da berapa lama tak update blog ni..da berhabuk + bersawang da..hihi..start hari ni sy akan mula menulis kembali dalam blog kesayangan ni..hehe

Tanggal 26.3.2014 hadir lg seorang permata hati..namanya Nur Alya Safiyya..kalau ikutkan sekarang ni da masuk 3 bln la..kehadirannya membuatkan hari2 ni bertambah ceria..hehe..sekarang ni dia da pandai meniarap..pantang letak atas tilam, terus golek nak meniarap..

Ala-ala posing gitu..hehe

Alhamdulillah..tak ada masalah jaga Safiyya ni..tak banyak kerenah pun..cuma kadang2 kalau da mengantuk sangat tu mangamuk jugalah..yelah, tahan mata sebab nak main2..bila da ngantuk marah kat orang la..huhu 

Esok umat Islam da mula berpuasa..dengan ini sy mngucapkan selamat berpuasa lah pd pembaca2 blog ni..hehe..rasanya cukup sampai di sini dahulu nukilan sy..Safiyya pun da bangun..nak kena mandikan dia pulak..sampai ketemu lagi di post akan datang..salam syg dr mrs rahman..xoxo

Nak tahu lagi?

lala