Isnin, 30 Jun 2014

Idea berbuka puasa

Salam ramadhan ke-2 buat semua pembaca blog mrs rahman ni..macam mana dengan puasa pertama anda semua? Harap2 berjalan dengan lancar ye..maklumlah puasa hanya setahun sekali..time ni lah kita nak rehatkan perut dari segala jenis makanan yang kita makan sebelum ni kan..ada yang tiba2 gastrik ke? Atau ada yang puasa yang yok, tengahari buka tudung periuk? Hehe~

Hari ni mrs rahman nak kongsi idea untuk berbuka yang paling simple..kalau xsempat nak ke bazar ramadhan beli kuih atau hari hujan xboleh nak pergi bazar kan..sy nak kongsi cara2 buat pancake..sangat mudah, hanya 15 minit je boleh siap..ok lah tu kan daripada xada kuih langsung..hehe~


Bahan2 (8 keping):
  • Telur 2 biji
  • Gula 3-4 sb
  • Susu 1/2 cawan
  • Tepung gandum (ikut kepekatan)
  • Esen vanilla 1 sk
  • Soda bikarbonat 1 sk
  • Minyak jagung/ minyak masak 1 sb
Cara2 :
  1. Pecahkan telur ke dalam bekas. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur atau sedikit kembang.
  2. Masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum ikut kepekatan yang anda mahukan. Boleh ayak tepung kalau xnak bagi adunan jadi berketul. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan soda bikarbonat dan kacau. Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga minyak sebati dengan adunan.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api sederhana. Tuangkan satu senduk adunan ke atas pan. Tunggu hingga bahagian atas jadi berlubang2 dan terbalikkan.
  5. Ulang langkah 4 sehingga adunan habis dan boleh hidangkan.

Sangat mudah kan..kalau anda kreatif, boleh masukkan coklat cip dalam adunan..anda juga boleh hidangkan bersama madu, marjerin, dan juga jem..sy pasti anda sukakannya..jangan lupa untuk mencuba resepi ni ok..sampai di sini sahaja post hari ni..jumpa lagi dalam post akan datang..salam sayang dr mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Ahad, 29 Jun 2014

Ahlan wasahlan ya ramadhan 2014

Salam pd semua pembaca blog sekalian..alhamdulillah dipertemukan lg dlm post ini..hari ni 29.6.2014 merupakan hari pertama umat islam berpuasa di bln ramadhan..rasa bersyukur sgt sebab masih dpt menikmati ramadhan pd tahun ni..

Tapi hati rasa sayu sebab embah (datuk) belah ayah baru sahaja dijemput Ilahi pd hari jumaat lepas..hajat hati nk bertemu raya thn ni setelah bertahun tak bersua muka..Allah lebih menyayanginya..semoga rohnya dicucuri rahmat..al-Fatihah..Yang pergi biarlah pergi..kita yg masih hidup harus teruskan hidup dan berdoa utk mereka agar aman di sana..

Ok lah..disebabkan hari ni baru start puasa, xde idea lg nk masak yg special..huhu~ memadailah dgn masakan biasa je..di sini sy ingin ucapkan selamat berpuasa pd semua pembaca dan jangan membazir waktu berbuka ya..hehe..maklumlah di bazar kan ada jual pelbagai jenis hidangan..kita puasa sebulan..sempat nak rasa hidangan dr semua gerai tu.. :)

Sampai di sini dululah post kali ni..nanti kita cerita2 lg ye..hihi..salam syg dr mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Sabtu, 28 Jun 2014

Permulaan yang baharu.. :)

Assalamualaikum semua..ya Allah da berapa lama tak update blog ni..da berhabuk + bersawang da..hihi..start hari ni sy akan mula menulis kembali dalam blog kesayangan ni..hehe

Tanggal 26.3.2014 hadir lg seorang permata hati..namanya Nur Alya Safiyya..kalau ikutkan sekarang ni da masuk 3 bln la..kehadirannya membuatkan hari2 ni bertambah ceria..hehe..sekarang ni dia da pandai meniarap..pantang letak atas tilam, terus golek nak meniarap..

Ala-ala posing gitu..hehe

Alhamdulillah..tak ada masalah jaga Safiyya ni..tak banyak kerenah pun..cuma kadang2 kalau da mengantuk sangat tu mangamuk jugalah..yelah, tahan mata sebab nak main2..bila da ngantuk marah kat orang la..huhu 

Esok umat Islam da mula berpuasa..dengan ini sy mngucapkan selamat berpuasa lah pd pembaca2 blog ni..hehe..rasanya cukup sampai di sini dahulu nukilan sy..Safiyya pun da bangun..nak kena mandikan dia pulak..sampai ketemu lagi di post akan datang..salam syg dr mrs rahman..xoxo

Nak tahu lagi?

lala