Isnin, 30 Jun 2014

Idea berbuka puasa

Salam ramadhan ke-2 buat semua pembaca blog mrs rahman ni..macam mana dengan puasa pertama anda semua? Harap2 berjalan dengan lancar ye..maklumlah puasa hanya setahun sekali..time ni lah kita nak rehatkan perut dari segala jenis makanan yang kita makan sebelum ni kan..ada yang tiba2 gastrik ke? Atau ada yang puasa yang yok, tengahari buka tudung periuk? Hehe~

Hari ni mrs rahman nak kongsi idea untuk berbuka yang paling simple..kalau xsempat nak ke bazar ramadhan beli kuih atau hari hujan xboleh nak pergi bazar kan..sy nak kongsi cara2 buat pancake..sangat mudah, hanya 15 minit je boleh siap..ok lah tu kan daripada xada kuih langsung..hehe~


Bahan2 (8 keping):
  • Telur 2 biji
  • Gula 3-4 sb
  • Susu 1/2 cawan
  • Tepung gandum (ikut kepekatan)
  • Esen vanilla 1 sk
  • Soda bikarbonat 1 sk
  • Minyak jagung/ minyak masak 1 sb
Cara2 :
  1. Pecahkan telur ke dalam bekas. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur atau sedikit kembang.
  2. Masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum ikut kepekatan yang anda mahukan. Boleh ayak tepung kalau xnak bagi adunan jadi berketul. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan soda bikarbonat dan kacau. Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga minyak sebati dengan adunan.
  4. Panaskan non-stick pan dengan api sederhana. Tuangkan satu senduk adunan ke atas pan. Tunggu hingga bahagian atas jadi berlubang2 dan terbalikkan.
  5. Ulang langkah 4 sehingga adunan habis dan boleh hidangkan.

Sangat mudah kan..kalau anda kreatif, boleh masukkan coklat cip dalam adunan..anda juga boleh hidangkan bersama madu, marjerin, dan juga jem..sy pasti anda sukakannya..jangan lupa untuk mencuba resepi ni ok..sampai di sini sahaja post hari ni..jumpa lagi dalam post akan datang..salam sayang dr mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala