Sabtu, 19 Julai 2014

10 malam terakhir ramadhan..

Salam buat pembaca blog mrs rahman ni..macam mana dengan persiapan raya anda? Tinggal 10 hari sahaja lagi umat islam akan meraikan kemenangan selepas berpuasa selama sebulan..tapi dalam kegembiraan kita untuk menyambut aidilfitri, tragedi #MH17 amat memberi kesan dalam hati semua rakyat Malaysia..sehingga kini siasatan masih dijalankan dan diharapkan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan..

Sekarang kita berada dalam 10 hari terakhir ramadhan..maknanya dalam malam2 terakhir ni terdapat 1 malam yang istimewa yang dipanggil malam #Lailatul qadar..anda disarankan untuk mencari malam ni dan memperbanyakkan amalan kepada Allah..insyaAllah ganjaran yang diberikan Allah amat bernilai..antara tanda yang selalu dikhabarkan ialah malam yang hening dan sunyi, keesokan harinya matahari tidak terlalu memancar (suram), malam yang tidak sejuk namun tidak pula panas dan tidak berangin seperti malam2 kebiasaannya..ada juga yang mengatakan semua akan sujud kepada Allah termasuk pohon2 kayu..namun malam itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya hambaNya berusaha untuk mencari malam tersebut..

Malam Lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan..jadi marilah kita sama2 mengejar ganjaran yang besar dari Allah di malam yang hanya datang sekali dalam setahun..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala