Jumaat, 18 Julai 2014

Berita tergempar buat Malaysia

Salam ramadhan buat pembaca blog ini..hari ni kita digemparkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine..dalam bulan ramadhan yang mulia ini kita diuji lagi..belum pun habis dengan kehilangan MH370 timbul pula berita pesawat terhempas..berita ini disampaikan oleh PM Datuk Seri Najib malam td..takziah diucapkan pada keluarga penumpang dan krew kapal..

Sy dapat tahu bila buka tv lepas sahur pagi tadi..dalam tv tu kata pesawat kemungkinan ditembak jatuh..yelah mungkin di kawasan bergolak tu kan ditembak..seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal terlibat dalam nahas yang mengejutkan ni..macam2 yang sy baca dalam facebook berkenaan berita ini..ada yang cerita berkenaan keluarga mangsa, rentetan tragedi, dan sebagainya..

Sedikit fakta mengenai tragedi MH17..pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi tadi..seramai 295 orang termasuk 15 anak kapal berada dalam pesawat tersebut..pesawat dikhabarkan telah jatuh di Ukraine selepas ditembak di ruang udara Ukraine..mengikut perbincangan yang disiarkan di rtm tadi, roket disasarkan kepada pesawat yang membawa presiden rusia yang dalam perjalanan dari Brazil ke Rusia..namun pesawat MH17 telah berada di titik persilangan yang sama dengan pesawat tersebut dan menyebabkan ia terkena roket..pesawat pertama kali diterbangkan 17 tahun yang lepas..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sy berharap pihak keluarga yang terlibat bersabar dengan dugaan yang besar ni..doakan pada mereka yang telah pergi..sy minta pada semua pembaca blog mrs rahman ni doakan yang terbaik buat keluarga mangsa..daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..salam sayang dari mrs rahman..al-Fatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala