Rabu, 30 Julai 2014

Salam aidilfitri buat pembaca blog mrs rahman..baru hari ni internet ok balik..kalau x slow macam siput je..huhu~ so, macam mana hari raya anda semua? Meriah dengan bunga api x? Dekat sini dari sebelum malam raya da bunyi pum pam meriam dengan mercun..macam2 bunyi la..biasalah bila duduk kampung kan..nasib baik lah si kecik tu x berapa nak terkejut sangat..lena juga lah dia tidur..

Hari raya ni macam biasa lah..raya pertama cuma saya dan cik abang je yang ada kat rumah ni..juadah raya kami rendang ayam + daging, ketupat palas, kek pisang, dodol dengan kuih tunjuk2 saja..adik-beradik yang lain datang raya ke-2..semua datang buat makan2 sikit..tahun ni boleh la nak bagi semua anak2 sedara duit raya..berebut-rebut nak dapat duit raya..takut habis kot..haha~ tapi suasana x sama dengan kampung saya..yelah..keluarga lain kan..x apalah..


Da lama x ambil gambar..ni masa pagi raya pertama hari tu..selendang tu recycle yang lepas je..hehe~ ok lah..mrs rahman nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala