Rabu, 13 Ogos 2014

Salam hari rabu buat semua pembaca blog mrs rahman ni..sekarang saya berada di pahang untuk 3 minggu yang akan datang..Alhamdulillah sampai awal pagi semalam pukul 6.15 pagi dengan kereta api dari sungai petani..cik abang suruh naik kereta api sebab senang nak bawa si kecik, so saya naik coach katil..bila kereta api mula jalan, saya bagi si kecik minum susu dan tak lama lepas tu dia pun lena..penat sangat agaknya menunggu kereta api sampai..al kisahnya kami bertolak dari rumah pukul 7 petang sebab tengok tiket kereta api berlepas 8.15 malam..bila sampai stesen kereta api tak ramai orang pun..tunggu punya tunggu rupa-rupanya kereta api berlepas pukul 9.26 malam..salah tengok jam dekat stesen tu sebab dia guna format 24 jam..jadi blur lah kejap kan..bila tengok betul2 baru lah perasan kami ni terawal sangat sampai..hehe~

Ni je la yang sempat ambik masa nak sampai stesen butterworth


Bila dah ada kat pahang ni, punyalah si kakak suka sebab adik dia balik..tak berenggang pun dengan adik dia..dia kata 'baby yaya la, jangan kacau'.. :) bila nak tidurkan si kecik, dia pun sibuk nak enjut buaian tu..siap main cak cak lagi..si kecik tu ketawa mengekek la..hehe~ Alhamdulillah dia boleh tengok adik dia..tapi terfikir juga bila nanti nak balik kedah mesti dia teringat adik dia..nak bawa sekali dia dah sekolah..kesian pula nanti balik kedah xboleh nak sekolah..tak apalah, yang itu mungkin boleh dibincangkan balik bersama cik abang..huhu~

Ok lah sampai di sini sahaja post dari pahang ni..nanti saya update lagi ya..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala