Ahad, 3 Julai 2011

haiwan yang sangat comel !!

salam semua..hari ini hujan dari malam tadi sampai la aku nak pergi kerja pagi tadi..dalam pukul 10 pagi tadi aku bertolak dari rumah..hujan dah renyai-renyai..sampai je dekat simpang tambun tulang lepas pada dragon tu, tiba-tiba hujan lebat..habis basah lencun aku..apa lagi, aku pun patah balik rumah la..tak kan nak pergi kerja dengan baju basah macam tu kan..so, dalam pukul 12 tadi baru aku pergi ke tempat kerja balik..huhu~

 

sebenarnya hari ni aku nak post pasal sejenis haiwan yang bernama sugar glider ni..sangat-sangat la comel..kecil aje..aku tengok majalah 3 malam tadi..dia ada paparkan tentang haiwan ni..tu sebab aku mula tertarik..huhu~ dah lama dah aku tahu pasal sugar glider ni..geram sangat nak pelihara..tapi sebab tak mampu nak beli dan peralatan untuk binatang ni pun mahal..sebab tu sampai sekarang simpan angan-angan je..hehe~
sugar glider ni adalah dalam kategori marsupial dan banyak terdapat di Australia dan Indonesia..dinamakan dengan sugar glider sebab haiwan ini suka makan buah-buahan yang manis dan suka memanjat..haiwan ini sangat manja dan aktif..haiwan ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..so, si pemilik perlu sentiasa bermain dengan sugar glidernya supaya haiwan tersebut tak takut padanya..kalau kat malaysia ni boleh cari pembekal sugar glider dan peralatannya di Mudah.my..
 ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti ada masa aku post lagi untuk tatapan korang semua ok..salam sayang daripada mrs. rahman =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala