Khamis, 30 Jun 2011

aktiviti hari cuti...

salam semua..semalam aku cuti sempena hari Israk dan Mikraj..hanya beberapa buah negeri yang ambil cuti iaitu Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan..aku mintak la cuti kat manager aku sebab cik abang aku nak balik kampung..so, aku pun ikutlah [nak amek barang katanya]..

kami bertolak ke kuala ketil dalam jam 8 malam hari selasa lepas..macam biasalah, kami akan singgah di Tesco untuk makan sizzling..heheh~ semalam dalam jam 4 petang kami pulang semula ke kangar..agak gopoh juga lah sebab nak hantar kereta sewa pukul 8 malam kan..so, kami hanya singgah semula di Tesco untuk beli hot chocolate..then, terus kami balik..

dalam perjalanan balik tu, hujan punya la lebat dari gurun sampai nak dekat alor setar..time tu aku yang bawak kereta..memang tak pernah bawa kereta dalam keadaan hujan lebat..then, bila sampai Tesco, tukar pula dengan cik abang aku..on the way balik dari Tesco tu, ada excident..depan sikit dari sempadan Perlis-Kedah..kereta terbalik kat tepi jalan..tak tahula dia nak mengelak daripada apa kan..tu pasal orang selalu pesan..kalau hujan jangan bawa laju-laju..moga driver kereta tu dalam keadaan baik lah hendaknya..


ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti aku update lagi okay..salam sayang daripada mrs. rahman =) [p/s : jangan bawa kenderaan laju..ingatlah orang tersayang yang menanti anda]
Nak tahu lagi?

Selasa, 28 Jun 2011

menikmati hidangan marrybrown.. =)

salam semua..semalam aku pergi marrybrown changlun..lokasi dia dekat depan c-mart changlun..aku pergi ngan cik abang..mula-mula nak pergi hari ahad..tapi hujan lebat pulak..disebabkan kami ni nak naik motor je, kami cancel la plan hari itu..so, malam semalam baru dapat pergi..kami pergi sebab kak ummul yang ajak..dia training assistant manager dekat marrybrown tu..kami pun pergi la sebelum dia berlepas ke langkawi pd 30/6 ni..and hari ini last day dia kerja kat changlun..

dalam pukul 8 suku malam kami bertolak dari rumah ke changlun..sampai kat marrybrown tu dalam pukul 9 la..jauh juga..huhu~ kami mencari-cari kak ummul..masuk-masuk je marrybrown kak ummul ada kat cashier..punyalah ramah sambut kitorang kan..hehe~ kami order nasi lemak and set ayam yang 2 ketul tu..aku nak order banana split tapi tak ada la pula..[sedih betul]..huhu~ kami duduk dekat luar sambil borak-borak dengan kak ummul..kebetulan manager area utara turun kat marrybrown tu..so, kak ummul kena curi-curi sembang dengan kami la..hehe~

sembang punya sembang, da pukul 10 malam..cik abang dah ajak balik..so, kami snap2 gambar [utk kenangan..hehe~]..gambar kak ummul ada di phone dia..terlupa pula nak transfer ke phone aku..huhu~ nanti aku try download dari facebook dia..tak lama lepas itu, kami pun beredar..memang seronok la dapat jumpa kak ummul tengah buat kerja kan..ok lah..sampai di sini sahaja post tentang aktiviti-aktiviti aku untuk hari ini..nanti aku post lagi okay..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman =)




Nak tahu lagi?

Sabtu, 25 Jun 2011

salam hari sabtu..

salam semua..hari ini aku bekerja seperti biasa..orang lain dapat cuti tapi hari minggu aku kena kerja..nasib2 (T_T)..huhu~ tapi mcam biasa lah kerja aku..duduk menghadap laptop dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang..setiap hari rutin yang sama..tak ada kerja lain aku nak buat..customer yang datang pun kebanyakannya budak-budak yang nak main game..encik azman pun kerja duduk depan laptop dia je..

sebelum ini ada la jugak seorang budak diploma praktikal kat sini..tapi hari khamis hari itu dia da habis..tinggal la aku sorang2 kat kedai ini..kalau ada dia boleh juga borak-borak..sambil borak-borak tu, aku tanya jugak seronok tak praktikal kat sini..nak tau dia kata apa? dia kata :
" tak seronok pun..bosan adala..x larat nak melayan budak2 yang datang kedai.."
dia kata macam itu la..aku pun jadi xde semangat nak praktikal kat sini..huhu~ baru je start praktikal..tak sampai sebulan lagi pun dah macam ini..aduhh..gawat macam ni..haha~ macam mana nak hadapi 4 bulan kat sini...waaa..tolong la saya..uhuk3~

hmmm~ perut da berbunyi lagu keroncong..lapar nye (-.-') ok lah..sampai di sini sahaja aku nak cerita..nanti ada apa-apa aku post lagi okay...salam sayang daripada mrs. rahman =)


Nak tahu lagi?

Khamis, 23 Jun 2011

lepak-lepak dengan member...II


salam semua..hehe~ tajuk kat atas lebih kurang tajuk post yang semalam..tapi isi kandungan yang berbeza..kali ini aku nak cerita pasal aku pergi lepak dengan membe aku yang datang perlis sebab ada exam kuratif..pada hari selasa yang lepas, kak ummul ada telefon aku..dia kata dia baru lepas hantar membe aku yang kuratif ni (nada) pergi exam dekat Dragon..so, sementara nak tunggu si nada ni keluar dewan exam, kak ummul call aku sebab nak ajak lepak..kebetulan time tu aku ada kat klinik Arau..aku suruh kak ummul tunggu dekat unimap blok jejawi..

dalam setengah jam macam tu, aku pun sampai dekat blok jejawi tu..kami singgah dekat kedai nak sarapan..sambil borak-borak tu, kak ummul ajak aku lepak-lepak sekali dengan nada and syikin kat pizza untuk lunch tengah hari..dah la hari itu aku kerja..terpaksalah ponteng untuk satu hari [membe punye pasal kan..hehe~] so, kami lepak-lepak kat pizza dalam pukul 12.30 tengah hari..borak punya borak, da pukul 2.30..nada cakap membe dia nak ambil pukul 2 lebih..kami pun pulang la ke kkf..

lepas nada balik, kak ummul pun balik ke jitra [rumah kakak dia]..aku kena tunggu cik abang aku balik kelas..aku tunggu la kat umah nik..hehe~ kat bawah ni gambar-gambar yang sempat diambil oleh aku and kak ummul..happening giler la..maklumla, lama tak jumpa kan..ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti aku akan update dengan aktiviti-aktiviti aku lagi okay..hehe~ salam sayang daripada mrs. rahman =)
ni syikin..lemah lembut + baik hati..comel plak tu =)

aku ngan cik abang..hehe~

nada ngan kak ummul..happening jer.. =)

ni kat depan the store..xde pe nk wat, lepak situ lah..
Nak tahu lagi?

Rabu, 22 Jun 2011

lepak-lepak dengan member...

salam semua..apa khabar? harap-harap semua dalam keadaan yang baik lah ye..hehe~ hari ini aku nak cerita pasal aktiviti minggu lepas..disebabkan aku tertinggal fon kat uma, gambar-gambar semua ada kat member-member aku ni..so, baru hari ini lah aku dapat post [semalam baru ambik gambar kat dorg..huhu] 

hari jumaat yang lepas, cik abang aku tu balik kuala ketil sebab nak repair motor..aku x boleh balik sebab tengah kerja..so, aku tumpang rumah member-member kat kkf..yang ada kat umah tu umai, nik, eyra ngan amal..tengah borak-borak, diorang ajak pergi tengok wayang dekat alor setar sambil2 nak beli barang dapur..apa lagi, aku pun terus on je la..dah lama kot xtengok wayang..huhu~ kami bergerak ke a.s dalam pukul 11.30..singgah mcd c.p sebab masing2 dah kebulur..dari pagi xsarapan..memang la kebulur kan..haha~

ni la gelagat bile da lapor..haha~
aku n umai..sodap tol umai mkn
ice-cream..hehe~
aku n nik..
gambar2 yang kat atas tu masa kat mcd c.p..gambar amal xada sebab dia yang jadi photographer..hehe~ lepas da kenyang, kami pun decide nak tengok wayang dekat a.s mall..bila dah sampai dekat a.s mall tu, kami beli tiket wayang [KL Gangster] ..lepas tu jalan2 kejap dalam pacific sebab ada lagi setengah jam sebelum wayang start..amal nak beli seluar..so, kami teman dia cari seluar kat dalam pacific tu..sebelum masuk wayang, sempat la kami snap beberapa gambar..

 
 
 
lepas da habis tengok wayang tu, baru kami semua pergi tesco untuk membeli-belah barang2 dapur..hehe~ memnag penat tapi enjoy lah sebab dapat lepak ramai2..ok lah.. sampai disini sahaja post kali ini..nanti aku post lagi okey..salam sayang daripada mr.rahman =) ~
Nak tahu lagi?

Ahad, 19 Jun 2011

kebosanan yang teramat sangat.. (-_-")

salam semua..apa khabar..aku di sini sihat sahaja..Alhamdulillah..hari ini aku nak bercerita pasal kebosanan yang melanda diri aku di tempat kerja..sangat-sangat la bosan..sampai aku pun tak tahu nak buat apa..datang kerja, kena buka lampu..buka semua pc yang ada dalam ni..kemas-kemas sikit [sapu + buang sampah]..pastu duduk la tunggu orang datang..selalu nya budak-budak la yang datang sebab nak main game..kalau hari sekolah, memang sunyi la pagi2 macam ni..dalam pukul 2 tu baru budak2 datang sebab baru balik sekolah kan..

kalau ikutkan, aku praktikal kena belajar apa2 yang berkaitan dengan komputer..contohnya baiki komputer ke..install software ke..belajar pasal multimedia ke..ni tak ada pun belajar benda2 tu..hmm~ aku rasa macam nak REPEAT balik je praktikal aku ni sem depan..yelah..nanti sia2 je pointer aku rendah sebab tak ada buat kerja apa2 kat sini..huhu~ tak apalah..sementara dah duduk kat sini, buat je la apa yang patut kan..nak buat macam mana..aku juga yang pilih tempat ni..nasib la..hehe~

ok lah semua..post kali ini hanya untuk meluah kan rasa hati sahaja..huhu..nanti aku akan cerita pasal aku keluar jalan2 dengan member2 aku di kkf okay..salam sayang daripada mrs. rahman =)..
Nak tahu lagi?

Rabu, 15 Jun 2011

suka-suka... c(:

salam semua..hari ini aku nak upload video yang aku paling minat..disebabkan cuti ni aku jarang berjalan-jalan, kurang lah post aku kan..huhu~ so, untuk mengelakkan blog aku ni daripada kesunyian, aku upload la video ni untuk tatapan korang semua..pada aku video ni sangat lah menarik sebab dari mula lagu sampai habis lagu keje dia tarik piano tu je..hehe~ anyway, lagu dia pon best...harap korang semua yang baca post kali ini terhibur lah ye..

BRUNO MARS - GRENADE


Nak tahu lagi?

praktikal ku...huhu~

salam semua..lamanya xbuka blog ni untuk diupdate..huhu..ini disebabkan oleh aku telah pon start praktikal..tu yang susah nak update blog [walaupun memnjang dok dpn laptop..huhu] pada hari isnin yang lepas, aku da start praktikal di Ideas Technology, Kangar..ni sebenarnya kedai komputer, sambil2 tu ada cc..so, aku ada la belajar sikit-sikit pasal komputer kat sini..tapi masa aku banyak dihabiskan dengan melayari internet + jaga cc..huhu~ sabar je la ye..tinggal 1 sem ni je lagi..lepas tu habis da diploma aku..result yang keluar hari tu pon agak memuaskan la jugak..Alhamdulillah...

masa praktikal ni, x boleh duduk dekat kkf..so, aku sewa rumah di area jejawi..rumah aku dekat dengan kompleks penyayang dr. siti hasmah, rumah anak-anak yatim tu..jalan depan sikit je jumpa lah lorong nak masuk rumah aku..hehe~ rumah tu yang paling murah..so, aku cepat2 sewa..bukan senang nak cari rumah sewa kat sini..lama juga lah mencari baru dapat jumpa..hmm~ tapi agak bosan la sebab xda tv...kalau balik kerja x boleh nak tengok nora elena...aku ada broadband pon macam xda..line maxis gprs je ada..x laju la internet..huhu~

ok lah..sampai sini sahaja la aku nak mengomel..xtaw dah nak cerita pasal apa...hehe..sampai ketemu lagi dalam post akan datang..salam sayang dari mrs. rahman =) ...

sempat ag snap pic..ni mase ngah keje..
bosan punye pasal..huhu~

Nak tahu lagi?

Ahad, 5 Jun 2011

jalan2 with family..hehe~

salam semua..apa khabar..alhamdulillah, aku di sini sihat walafiat..dalam post kali ini aku nak bercerita pasal aku pergi jalan-jalan dengan family aku di bentong, pahang..terasa macam da lama sangat x jalan-jalan dengan family..yelah, aku balik pahang pon kalau ada cuti panjang je..memang la jarang nak jalan sekali kan..hehe~

semalam, dalam pukul 5 suku petang ayah aku pulang dari kerja..tiba-tiba dia ajak kami semua pergi jalan-jalan kat bentong..kami pon apa lagi kan..kalau bab jalan-jalan ni memang cepat je siap.. (^-^)~ dalam pukul 6.30 petang macam tu kami bertolak ke bentong...dari rumah adalah dalam setengah jam perjalanan..standard yang ayah aku bawak la..kalau yang bawak laju tu boleh sampai dalam 15-20 minit je..sampai di bandar bentong, kami terus ke megamall...saja nak tengok-tengok apa yang menarik di situ..da lama sangat x menyinggah di situ kan..huhu~

pusing punya pusing, hari dah menjelang maghrib..ayah aku pon ajak pergi masjid..lepas da siap solat, kami ke old town white coffee yang terletak di sebelah petronas..dekat area tu ada kedai seng heng yang jual peralatan elektrik tu..sebenarnya, sebelum ni memang dah rancang nak pergi old town ni..hehe~ kami pon order la makanan..bila buka menu, rambang mata sebab gambar-gambar makanan dalam tu semua nampak sedap2...last2 aku pilih nasi dengan chicken chop..dalam banyak2 makanan, aku punya la paling mahal..RM10.20..haha~ nak sedap punya pasal kan..

menu yg aku makan..hee~

ni adik no2..
ni adik no3..
ni aku la..hehe~ yg pkai bju merah tu ayah aku.. =)
lepas da makan-makan, kami pon beredar pulang..sekejap je keluar jalan-jalan sebab hari pon da lewat kan..hehe~ xpelah, yang penting kami semua enjoy...terima kasih abah sebab belanja kami makan..ok lah...sampai di sini sahaja post kali ini..harap2 semua enjoy la baca entry ni..huhu~ salam sayang daripada mrs. rahman =) ~
Nak tahu lagi?

lala