Khamis, 30 Jun 2011

aktiviti hari cuti...

salam semua..semalam aku cuti sempena hari Israk dan Mikraj..hanya beberapa buah negeri yang ambil cuti iaitu Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan..aku mintak la cuti kat manager aku sebab cik abang aku nak balik kampung..so, aku pun ikutlah [nak amek barang katanya]..

kami bertolak ke kuala ketil dalam jam 8 malam hari selasa lepas..macam biasalah, kami akan singgah di Tesco untuk makan sizzling..heheh~ semalam dalam jam 4 petang kami pulang semula ke kangar..agak gopoh juga lah sebab nak hantar kereta sewa pukul 8 malam kan..so, kami hanya singgah semula di Tesco untuk beli hot chocolate..then, terus kami balik..

dalam perjalanan balik tu, hujan punya la lebat dari gurun sampai nak dekat alor setar..time tu aku yang bawak kereta..memang tak pernah bawa kereta dalam keadaan hujan lebat..then, bila sampai Tesco, tukar pula dengan cik abang aku..on the way balik dari Tesco tu, ada excident..depan sikit dari sempadan Perlis-Kedah..kereta terbalik kat tepi jalan..tak tahula dia nak mengelak daripada apa kan..tu pasal orang selalu pesan..kalau hujan jangan bawa laju-laju..moga driver kereta tu dalam keadaan baik lah hendaknya..


ok lah..sampai di sini sahaja post kali ini..nanti aku update lagi okay..salam sayang daripada mrs. rahman =) [p/s : jangan bawa kenderaan laju..ingatlah orang tersayang yang menanti anda]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala