Rabu, 30 Julai 2014

Salam aidilfitri buat pembaca blog mrs rahman..baru hari ni internet ok balik..kalau x slow macam siput je..huhu~ so, macam mana hari raya anda semua? Meriah dengan bunga api x? Dekat sini dari sebelum malam raya da bunyi pum pam meriam dengan mercun..macam2 bunyi la..biasalah bila duduk kampung kan..nasib baik lah si kecik tu x berapa nak terkejut sangat..lena juga lah dia tidur..

Hari raya ni macam biasa lah..raya pertama cuma saya dan cik abang je yang ada kat rumah ni..juadah raya kami rendang ayam + daging, ketupat palas, kek pisang, dodol dengan kuih tunjuk2 saja..adik-beradik yang lain datang raya ke-2..semua datang buat makan2 sikit..tahun ni boleh la nak bagi semua anak2 sedara duit raya..berebut-rebut nak dapat duit raya..takut habis kot..haha~ tapi suasana x sama dengan kampung saya..yelah..keluarga lain kan..x apalah..


Da lama x ambil gambar..ni masa pagi raya pertama hari tu..selendang tu recycle yang lepas je..hehe~ ok lah..mrs rahman nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Nak tahu lagi?

Isnin, 21 Julai 2014

Persiapan hari raya :)

Salam buat pembaca blog mrs rahman..macam mana hari2 anda sekarang? Penuh dengan aktiviti menghias rumah ke? Mesti ramai yang x sabar nak menyambut hari raya yang x sampai seminggu la kan..namun jangan dilupakan tragedi yang menimpa Malaysia baru2 ni #MH17..terus berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan yang Maha Esa..

Semalam sy belikan kain untuk anak dara yang dekat kampung tu..nak buatkan jubah untuk raya..nasib baik ada contoh jubah yang tinggal kat rumah ni..tahun ni tema kami sekeluarga adalah biru..baju saya baru order semalam juga..tunggu esok la kot baru sampai..beli online je, mudah sebab x perlu nak berpanas cari kat kedai..lagi 1 x penat..cuci mata kat internet je..hehe :) untuk si kecik ni ambil lebih kain kakak dia je buat baju tidur..boleh la macam baju raya juga kan..nak buatkan baju kurung dia kecik lagi..huhu

Ok lah..nanti sy masukkan gambar tema raya tahun ni ok..sampai di sini sahaja post kali ni..jumpa di lain posting ok..salam sayang dari mrs rahman..xoxo  :)

Nak tahu lagi?

Sabtu, 19 Julai 2014

10 malam terakhir ramadhan..

Salam buat pembaca blog mrs rahman ni..macam mana dengan persiapan raya anda? Tinggal 10 hari sahaja lagi umat islam akan meraikan kemenangan selepas berpuasa selama sebulan..tapi dalam kegembiraan kita untuk menyambut aidilfitri, tragedi #MH17 amat memberi kesan dalam hati semua rakyat Malaysia..sehingga kini siasatan masih dijalankan dan diharapkan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan..

Sekarang kita berada dalam 10 hari terakhir ramadhan..maknanya dalam malam2 terakhir ni terdapat 1 malam yang istimewa yang dipanggil malam #Lailatul qadar..anda disarankan untuk mencari malam ni dan memperbanyakkan amalan kepada Allah..insyaAllah ganjaran yang diberikan Allah amat bernilai..antara tanda yang selalu dikhabarkan ialah malam yang hening dan sunyi, keesokan harinya matahari tidak terlalu memancar (suram), malam yang tidak sejuk namun tidak pula panas dan tidak berangin seperti malam2 kebiasaannya..ada juga yang mengatakan semua akan sujud kepada Allah termasuk pohon2 kayu..namun malam itu tetap dirahsiakan oleh Allah supaya hambaNya berusaha untuk mencari malam tersebut..

Malam Lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan..jadi marilah kita sama2 mengejar ganjaran yang besar dari Allah di malam yang hanya datang sekali dalam setahun..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Nak tahu lagi?

Jumaat, 18 Julai 2014

Berita tergempar buat Malaysia

Salam ramadhan buat pembaca blog ini..hari ni kita digemparkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine..dalam bulan ramadhan yang mulia ini kita diuji lagi..belum pun habis dengan kehilangan MH370 timbul pula berita pesawat terhempas..berita ini disampaikan oleh PM Datuk Seri Najib malam td..takziah diucapkan pada keluarga penumpang dan krew kapal..

Sy dapat tahu bila buka tv lepas sahur pagi tadi..dalam tv tu kata pesawat kemungkinan ditembak jatuh..yelah mungkin di kawasan bergolak tu kan ditembak..seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal terlibat dalam nahas yang mengejutkan ni..macam2 yang sy baca dalam facebook berkenaan berita ini..ada yang cerita berkenaan keluarga mangsa, rentetan tragedi, dan sebagainya..

Sedikit fakta mengenai tragedi MH17..pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi tadi..seramai 295 orang termasuk 15 anak kapal berada dalam pesawat tersebut..pesawat dikhabarkan telah jatuh di Ukraine selepas ditembak di ruang udara Ukraine..mengikut perbincangan yang disiarkan di rtm tadi, roket disasarkan kepada pesawat yang membawa presiden rusia yang dalam perjalanan dari Brazil ke Rusia..namun pesawat MH17 telah berada di titik persilangan yang sama dengan pesawat tersebut dan menyebabkan ia terkena roket..pesawat pertama kali diterbangkan 17 tahun yang lepas..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sy berharap pihak keluarga yang terlibat bersabar dengan dugaan yang besar ni..doakan pada mereka yang telah pergi..sy minta pada semua pembaca blog mrs rahman ni doakan yang terbaik buat keluarga mangsa..daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..salam sayang dari mrs rahman..al-Fatihah..

Nak tahu lagi?

Khamis, 17 Julai 2014

Ramadhan kian pergi.. :(

Salam buat pembaca blog mrs rahman..macam mana dengan puasa anda semua? Dah ada yang kena ganti ke? Hehe~ sedar x sedar ramadhan tahun ni akan tiba di penghujung nya x sampai 2 minggu lagi..ramadhan tahun ni la banyak mengajar erti kesabaran buat sy..dan yang paling penting sy rajin masuk dapur tahun ni..haha

Hari ni sy buat nasi lemak + sambal ayam..tapi sy ni x pandai buat sambal..rasa macam pelik je lepas buka tadi..huhu..bila dah tambah gula dan asam jawa sikit baru lah stabil rasa nya..biasalah orang jarang masuk dapur kan..bila dah jadi surirumah sepenuh masa ni baru lah mula nak belajar..kalau yang goreng2 tu memang lah boleh buat..yang berkuah tu still kena tengok resepi..hehe..yang penting ada semangat nak buat kan..

Sekarang ni sy dah install application untuk blogger dalam fon sy ni..senang sikit nak menaip..hehe..ok lah..sampai di sini sahaja cerita hari ni..jumpa lagi di lain post..salam sayang dari mrs rahman..xoxo :)

Nak tahu lagi?

Sabtu, 12 Julai 2014

Bila hati menjadi sayu... :(

Salam buat pembaca blog mrs rahman..apa khabar anda hari ini? Harap2 semua dalam keadaan sihat lah ya..lupa pula nak tengok kelendar..da berapa hari kita puasa ya? Rasanya da sampai separuh puasa kan..rasa rindu sangat kat kampung halaman..rindu nak bersahur dan berbuka bersama abah, mama dan adik2..dah lama diri ni x menjenguk kampung di sana..yelah bila da ada tanggungjawab lain ni memang susah la nak balik kan..

Kadang2 terfikir sempat ke nak tunggu puasa akan datang untuk bersama diorang..sempat ke nak luangkan masa macam waktu2 dulu..tak apalah..harap2 pengorbanan yang dibuat ni dihargai sebaiknya..anda da buat keputusan nak beraya di mana? Pada yang bujang tu senang la kan nak balik kampung jumpa sanak saudara..pada yang da berpasangan tu kenalah bertolak ansur..selang seli tiap2 tahun..tapi kalau da lama xbalik apa salahnya balik selepas raya kan..

Hari ni sy nak buat spagetti dengan kuah cheese + homemade meatball untuk berbuka..bila dah ada si kecik ni masa jadi terhad..yelah mana nak masak lagi, nak jaga si kecik lagi..jadi kelam kabut..kalau ada yang nak tolong jaga tak apalah..kalau x ada terpaksa lah kaki ni berulang alik dari dapur ke bilik tengok si kecik tu..semua nak kena buat sendiri..da macam ibu tunggal..huhu~

Oklah..sampai di sini sahaja coretan hati pada hari ni..maaflah entri kali ni agak emosional sikit..hati ni da terusik..huhu :( jumpa di post akan datang ok..salam sayang dari mrs rahman..xoxo Nak tahu lagi?

Khamis, 10 Julai 2014

Kisah ramadhan ke-12

Salam kepada semua pembaca blog ni..sedar atau tidak kita sudah 12 hari berpuasa kan..rasa sekejap je masa berlalu..2 3 hari ni kita dikejutkan dengan berita kekejaman pihak zionis terhadap saudara2 kita di gaza..ya Allah..dalam kesucian bulan ramadhan ni mereka diperlakukan sebegitu rupa..x sanggup rasanya nak tengok gambar2 yang di post di facebook..marilah kita sama2 doakan kesejahteraan penduduk gaza..

Hari ni sy buat nasi ayam + kuih cara untuk berbuka puasa..anda pula bagaimana? Pasti lagi sedap dari yang sy buat kan..hehe..kebetulan dalam Azam Ramadan Su yang ditayangkan di tv3 jam 12.30 tghri tunjuk cara2 buat nasi ayam yang sangat simple..bahan2 pun semua dah ada di rumah..kelam kabut jugak lah sebab start masak lewat..kuih cara pun buat tergesa-gesa..huhu -.-' 

Alhamdulillah..kedua2 juadah tu sempat disiapkan sebelum berbuka..si kecik tu pula x nak tidur..terpaksa la mandikan dengan air sejuk..hehe..da dekat 7.30 pm baru dia pejamkan mata..boleh tahan penat la sebab terkejar-kejar kan..tapi x apalah..yang penting kita ikhlas nak buat juadah tu kan..baru ada keberkatan.. :) baiklah, sampai di sini sahaja post hari ini..salam sayang dr mrs rahman..xoxo

PEACE FOR PALESTIN..FREE GAZA
Nak tahu lagi?

Khamis, 3 Julai 2014

Resepi ciptaan puasa ke-5

Salam ramadhan ke-5 buat semua pembaca blog mrs rahman..harap2 semua dalam keadaan yg baik lah ya..anda berbuka apa hari ni? Sy cuma berbuka dengan karipap dan kuih lopez..xlupa sebiji kurma..hehe..

Sebelum berbuka tadi sy ada menonton rancangan tumis2 ramadhan di tv2..cef tu beri tips untuk minum air buah dan sedikit manis untuk berbuka dan bersahur..sebabnya untuk beri tenaga sepanjang hari semasa berpuasa dan untuk bertarawih..di situ timbullah idea untuk buat air buah macam yang cef tu buat..

 Tapi sy guna kordial dr Hai-O perisa kiwi + timun..itu adalah bahan utama..selain itu kita perlukan susu dan ais ketul..susu tu boleh guna susu kotak atau susu sejat..sy guna susu full cream dutch lady..cara2 dia amat mudah..Masukkan semua dalam blender dan blend hingga separuh hancur..ikut suka anda lah..hehe..rasa dia memang sedap..bila buka puasa dengan air tu rasa kenyang je..
Nutrifeast Kiwi Cucumber
Anda juga boleh guna lain2 kordial buah yang dijual di pasaran..tapi sebab rasa kordial Hai-O ni memang rasa sebenar jus buah, sy sarankan anda dapatkan dengan ejen2 berdaftar lah..boleh guna untuk raya sekali..hehe         

Oklah..sampai di sini pengongsian sy pada hari ini..esok tak tahu lagi nak cipta resepi apa pulak..hihi..hingga bertemu lagi di post yang akan datang..salam sayang dr mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

Rabu, 2 Julai 2014

Cerita puasa ke-4

Salam kpd semua pembaca..apa khabar semuanya di puasa ke-4 ni? Masih ada 25 hari lagi untuk ditempuh..chaiyok2 !!..hehe~ semalam xdapat nak post sebab xde data line..bila cik abg ada kat rumah boleh la nak tumpang guna internet dia kan..huhu

Hari ni xde apa yang spesial pun..cuma nak cerita yang sy cuba2 untuk buat udang + sotong masak merah..sebenarnya sy ni xpandai nak buat sambal..sebabnya xtahu nak tengok macam mana rupanya pecah minyak..haha T_T..kesian betul..tapi hari ni sy cuba juga untuk buat..akhirnya menjadi juga walaupun buat masa puasa..Alhamdilillah cukup semua rasanya..

So pengajaran pada sesiapa yang xpandai masak tu jangan merendah diri sangat ok..yang penting semangat nak mencuba..kalau xtahu sangat tanya dengan pak cik google je..hehe~ itulah yg sy buat selama ni..sikit2 mencuba boleh jadi pandai kan..ok lah sampai di sini sahaja post kali ni..selamat berpuasa pada semua ya..salam sayang dari mrs rahman..xoxo
Nak tahu lagi?

lala