Selasa, 12 Ogos 2014

Salam aidilfitri ke-7 buat semua pembaca..hari ni adalah hari cuti terakhir untuk yang bekerja..mesti ramai yang berpusu-pusu pulang ke rumah kan..saya doakan anda selamat kembali ke rumah masing2..2 3 hari ni saya rasa macam banyak je makanan yang masuk dalam perut ni..dah rasa macam besar je perut ni kan..oh no...nak kena pantang balik macam ni..nak maintain macam anak dara dulu..huhu~ tapi semua makanan bagai melambai-lambai suruh dimakan..OMG!! -.-'

Hari ni saya buat kek pisang..mak pula masak gulai pisang..semua menu pisang sebab ada 2 tandan pisang kat dapur tu..hampir semua nak masak..kalau biar lama nanti buruk pula kan..resepi kek pisang tu saya ambil dari myresepi..ada macam2 resepi dalam web tu..memang selalu saya refer kat situ la kalau nak tahu resepi yang tak pernah buat..bila dah buat 2 3 kali boleh ingat la resepi dia tu kan..so, saya nak kongsi resepi kek pisang yang saya buat tadi..tak perlu butter pun..memang senang.. :)

Bahan2 :
1 cawan gula
2 biji telur (gred A)
2 cawan tepung gandum
1 suduteh soda bikarbonat
1 suduteh baking powder
5 biji pisang emas
1 suduteh esen vanila
1/2 cawan minyak

Cara2 : 
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam bekas dan asingkan.
  2. Pukul gula dan telur di dalam bekas lain hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pisang. Kemudian gaul hingga sebati.
  3. Campurkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil adunan pertama digaul.
  4. Masukkan pula minyak sedikit demi sedikit supaya sebati dengan adunan tadi. Gaul hingga nampak sebati.
  5. Griskan loyang dengan mentega dan panaskan oven dengan suhu 180°c.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Untuk tahu masak atau tidak cucuk dengan lidi di tengah kek.
Ok lah..itu resepi kek pisang yang saya buat..gambar x sempat nak ambil sebab dah dipotong dulu tadi..hehe~ selamat mencuba buat semua ya..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala