Khamis, 3 Julai 2014

Resepi ciptaan puasa ke-5

Salam ramadhan ke-5 buat semua pembaca blog mrs rahman..harap2 semua dalam keadaan yg baik lah ya..anda berbuka apa hari ni? Sy cuma berbuka dengan karipap dan kuih lopez..xlupa sebiji kurma..hehe..

Sebelum berbuka tadi sy ada menonton rancangan tumis2 ramadhan di tv2..cef tu beri tips untuk minum air buah dan sedikit manis untuk berbuka dan bersahur..sebabnya untuk beri tenaga sepanjang hari semasa berpuasa dan untuk bertarawih..di situ timbullah idea untuk buat air buah macam yang cef tu buat..

 Tapi sy guna kordial dr Hai-O perisa kiwi + timun..itu adalah bahan utama..selain itu kita perlukan susu dan ais ketul..susu tu boleh guna susu kotak atau susu sejat..sy guna susu full cream dutch lady..cara2 dia amat mudah..Masukkan semua dalam blender dan blend hingga separuh hancur..ikut suka anda lah..hehe..rasa dia memang sedap..bila buka puasa dengan air tu rasa kenyang je..
Nutrifeast Kiwi Cucumber
Anda juga boleh guna lain2 kordial buah yang dijual di pasaran..tapi sebab rasa kordial Hai-O ni memang rasa sebenar jus buah, sy sarankan anda dapatkan dengan ejen2 berdaftar lah..boleh guna untuk raya sekali..hehe         

Oklah..sampai di sini pengongsian sy pada hari ini..esok tak tahu lagi nak cipta resepi apa pulak..hihi..hingga bertemu lagi di post yang akan datang..salam sayang dr mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala