Sabtu, 12 Julai 2014

Bila hati menjadi sayu... :(

Salam buat pembaca blog mrs rahman..apa khabar anda hari ini? Harap2 semua dalam keadaan sihat lah ya..lupa pula nak tengok kelendar..da berapa hari kita puasa ya? Rasanya da sampai separuh puasa kan..rasa rindu sangat kat kampung halaman..rindu nak bersahur dan berbuka bersama abah, mama dan adik2..dah lama diri ni x menjenguk kampung di sana..yelah bila da ada tanggungjawab lain ni memang susah la nak balik kan..

Kadang2 terfikir sempat ke nak tunggu puasa akan datang untuk bersama diorang..sempat ke nak luangkan masa macam waktu2 dulu..tak apalah..harap2 pengorbanan yang dibuat ni dihargai sebaiknya..anda da buat keputusan nak beraya di mana? Pada yang bujang tu senang la kan nak balik kampung jumpa sanak saudara..pada yang da berpasangan tu kenalah bertolak ansur..selang seli tiap2 tahun..tapi kalau da lama xbalik apa salahnya balik selepas raya kan..

Hari ni sy nak buat spagetti dengan kuah cheese + homemade meatball untuk berbuka..bila dah ada si kecik ni masa jadi terhad..yelah mana nak masak lagi, nak jaga si kecik lagi..jadi kelam kabut..kalau ada yang nak tolong jaga tak apalah..kalau x ada terpaksa lah kaki ni berulang alik dari dapur ke bilik tengok si kecik tu..semua nak kena buat sendiri..da macam ibu tunggal..huhu~

Oklah..sampai di sini sahaja coretan hati pada hari ni..maaflah entri kali ni agak emosional sikit..hati ni da terusik..huhu :( jumpa di post akan datang ok..salam sayang dari mrs rahman..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala