Ahad, 5 Jun 2011

jalan2 with family..hehe~

salam semua..apa khabar..alhamdulillah, aku di sini sihat walafiat..dalam post kali ini aku nak bercerita pasal aku pergi jalan-jalan dengan family aku di bentong, pahang..terasa macam da lama sangat x jalan-jalan dengan family..yelah, aku balik pahang pon kalau ada cuti panjang je..memang la jarang nak jalan sekali kan..hehe~

semalam, dalam pukul 5 suku petang ayah aku pulang dari kerja..tiba-tiba dia ajak kami semua pergi jalan-jalan kat bentong..kami pon apa lagi kan..kalau bab jalan-jalan ni memang cepat je siap.. (^-^)~ dalam pukul 6.30 petang macam tu kami bertolak ke bentong...dari rumah adalah dalam setengah jam perjalanan..standard yang ayah aku bawak la..kalau yang bawak laju tu boleh sampai dalam 15-20 minit je..sampai di bandar bentong, kami terus ke megamall...saja nak tengok-tengok apa yang menarik di situ..da lama sangat x menyinggah di situ kan..huhu~

pusing punya pusing, hari dah menjelang maghrib..ayah aku pon ajak pergi masjid..lepas da siap solat, kami ke old town white coffee yang terletak di sebelah petronas..dekat area tu ada kedai seng heng yang jual peralatan elektrik tu..sebenarnya, sebelum ni memang dah rancang nak pergi old town ni..hehe~ kami pon order la makanan..bila buka menu, rambang mata sebab gambar-gambar makanan dalam tu semua nampak sedap2...last2 aku pilih nasi dengan chicken chop..dalam banyak2 makanan, aku punya la paling mahal..RM10.20..haha~ nak sedap punya pasal kan..

menu yg aku makan..hee~

ni adik no2..
ni adik no3..
ni aku la..hehe~ yg pkai bju merah tu ayah aku.. =)
lepas da makan-makan, kami pon beredar pulang..sekejap je keluar jalan-jalan sebab hari pon da lewat kan..hehe~ xpelah, yang penting kami semua enjoy...terima kasih abah sebab belanja kami makan..ok lah...sampai di sini sahaja post kali ini..harap2 semua enjoy la baca entry ni..huhu~ salam sayang daripada mrs. rahman =) ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lala